Skip to main content

Kenapa Perlu Membenci Orang Seperti Aku?

Baru-baru ni, aku ada join banyak group Facebook dan baca beberapa blog berkenaan debat di antara banyak pegangan. Ianya agak menakutkan bagi aku sebab aku tak dapat terima jika terdapat unsur-unsur extremis dan keganasan dalam dialog mereka. Aku gelarkan sebagai provokasi. Aku faham, kadang-kadang bila berdebat ni banyak yang tersasar dari landasan dan akhirnya menyebabkan diri sendiri teremosi. Aku sebenarnya tak suka berdebat tapi sometimes rasa ingin tahu buat aku mencari kandungan-kandungan dialog mereka yang mungkin bernas. Debatlah untuk ilmu, bukan untuk menang. Pasti akan jumpa jawapan.

Tapi, rasanya semua pegangan ada penganut yang fanatik. Masing-masing cuba menghina antara satu sama lain, tidak ada yang terkecuali. Jadi, aku pun terfikir, kalau macam tu, apalah yang membuatkan kita semua berbeza?

Aku tahu pasti akan ada orang persoalkan "Kenapa yang dilahirkan dalam pegangan tertentu boleh keluar dari kepercayaannya dengan begitu mudah?". Pertanyaan tersebut mengingatkan aku dengan diri aku yang dahulu yang naif pernah bertanyakan soalan yang sama kerana aku dulu menganggap pegangan yg aku percaya ketika itu terlalu sempurna untuk ditinggalkan tapi tidak tersangka pula akulah diantara yang meninggalkannya. Kadang-kadang sesetengah masyarakat sengaja menuduh, dengan mengatakan orang seperti aku cuma mahu melanggar larangan untuk keseronokkan dunia atau cubaan memberontak disebabkan rasa kecewa. Siapalah mereka untuk menentukan pegangan kita kan?

Aku tak pernah berniat meninggalkan hanya kerana ingin merasa keseronokkan dunia, bahkan orang seperti aku mungkin akan diburu seperti penjenayah. Apatah lagi meninggalkan dengan alasan marah dan sedih hanya kerana apa yang kita mahu tidak tercapai. Kalau adapun rasa kecewa dengan penganut dari pegangan lain yang melayan aku seperti orang asing disebabkan mereka kurang faham dengan pegangan aku. Apapun, semua itu tidak boleh dijadikan alasan kenapa aku berpaling tadah.

Aku akui sebahagian dari mereka membenci aku hanya kerana aku tidak menepati ciri-ciri dalam pegangan mereka. Pertama, aku bukan pengamal dalam sesuatu pegangan. Kedua, aku bukan tergolong dalam pegangan yang lain. Aku tidak boleh mengamalkan pegangan yang suatu ketika dahulu aku ikuti kerana aku tidak dapat menerima cara hidup mereka, budaya dan yang paling penting apa yang mereka percaya. Aku juga tidak boleh berpindah ke pegangan lain kerana aku rasa keduanya tiada perbezaan pun. 

Kesilapan aku yang selalu aku lakukan ialah ambil peduli apa yang orang lain fikir pasal aku. Aku sepatutnya sayang diri aku sendiri dahulu. Aku berusaha hidup secara normal, walaupun kadang-kadang banyak mengadu betapa peritnya hidup aku. Ada masanya aku merasa gembira seperti orang lain. Aku pun tidak faham kenapa masyarakat selalu cakap yang orang macam aku ni hidup tak ada tujuan, mempunyai masalah mental atau memiliki hidup yang sangat teruk. Hanya kerana aku melepaskan apa yang aku pernah pegang suatu ketika dahulu?

Aku sebenarnya tidak ingat bila aku mula-mula berubah seperti sekarang. Aku cuma ingat perasaan dimana sejurus aku melepaskan rantai-rantai yang melingkari hidup selama sejak kecil sehingga waktu itu, aku rasa sangat tenang, lega dan positif.

P/s Kita tak perlu jadi penganut yang kuat untuk kukuhkan kedudukan kita sekarang dan kita tak perlu jadi penganut yang lemah untuk hilang dari komuniti kita yang sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...