Skip to main content

Selamat Datang Tahun 2018

Hi. Tak sangka sekarang kita sudah berada di tahun 2018 dan aku pun hampir mencecah 30 tahun, Banyak juga kawan-kawan yang dah kahwin selepas menamatkan pelajaran mereka di peringkat tinggi dengan berjaya. Tiada apa yang aku boleh katakan selain mengucapkan selamat tahun baru dan aku sayangkan mereka sentiasa dan mengharapkan kegembiraan mereka pada masa yang sama. Aku sayangkan kawan-kawan aku walaupun aku bukanlah kawan yang baik. Tadi, aku ada tengok balik gambar-gambar lama aku. Aku tengok gambar adik-adik aku, tempat tinggal ibu dan ayah aku di Sibu. Aku akui aku jarang menelefon mereka baru-baru ni, tapi aku sentiasa berharap mereka okay disana. Lagipun, bukanlah style kami se-family untuk tunjukkan kasih sayang kami antara satu sama lain secara depan-depan.

Aku tahu, aku tidak mampu menyimpan masalah aku seorang-seorang, sebab tu blog ni wujud. Aku tak pernah bagitahu kawan aku dan family aku bagaimana cara orang lain melayan aku seperti yang aku ceritakan sebelum ni secara face to face dengan mereka. Aku takut aku cuma buat mereka sedih atau mungkin menjauhkan diri dari aku atas sebab tertentu. Tak tahulah kalau ada yang sudi baca blog aku ni, sebab aku ber-blogging senyap-senyap. Aku dah tak peduli pasal Nuffnang atau Traffics blog, aku blogging sebab aku itu adalah kemahuan aku sendiri. 

Perkara yang paling menyakitkan adalah berseorangan tanpa mereka

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...