Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Kenangan Pahit di UNIMAS

Beberapa tahun telah berlalu selepas aku berjaya habiskan pelajaranku di UNIMAS. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada masa itu, menjadi seorang pelajar di sebuah universiti bukanlah seindah yang disangka, seperti mana yang terjadi pada aku pada ketika itu. Terlalu banyak kenangan pahit jika dibandingkan dengan kenangan manis. Aku tahu ada beberapa lecturer dalam program Biotechnology yang sentiasa menganggap aku sebagai pelajar yang bermasalah, padahal mereka tak tahu pun apa yang aku alami, dan apa yang aku rasa lebih-lebih lagi rasa keseorangan serta tiada hala tuju disebabkan aku lain dari yang lain. Mungkin juga mereka adalah penyebab kenapa aku tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen aku sendiri. Aku tak bagitahu sesiapa pun hal ni termasuk keluarga dan partner aku sendiri, aku cuma katakan aku tidak berminat dan hanya membazir duit. Siapa tahu, aku sebenarnya berada dalam pemikiran dimana keadaan aku seperti halimunan bila aku tiada apa-apa. Aku sentiasa merasa penat...