Skip to main content

Kenangan Pahit di UNIMAS

Beberapa tahun telah berlalu selepas aku berjaya habiskan pelajaranku di UNIMAS. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada masa itu, menjadi seorang pelajar di sebuah universiti bukanlah seindah yang disangka, seperti mana yang terjadi pada aku pada ketika itu. Terlalu banyak kenangan pahit jika dibandingkan dengan kenangan manis. Aku tahu ada beberapa lecturer dalam program Biotechnology yang sentiasa menganggap aku sebagai pelajar yang bermasalah, padahal mereka tak tahu pun apa yang aku alami, dan apa yang aku rasa lebih-lebih lagi rasa keseorangan serta tiada hala tuju disebabkan aku lain dari yang lain. Mungkin juga mereka adalah penyebab kenapa aku tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen aku sendiri. Aku tak bagitahu sesiapa pun hal ni termasuk keluarga dan partner aku sendiri, aku cuma katakan aku tidak berminat dan hanya membazir duit. Siapa tahu, aku sebenarnya berada dalam pemikiran dimana keadaan aku seperti halimunan bila aku tiada apa-apa.

Aku sentiasa merasa penat sepanjang masa, dengan keadaan setiap 3 hari pertama kena bangun seawal 3 pagi untuk ke UNIMAS dan balik rumah tumpangan pada pukul 1 pagi pada 3 hari yang berikutnya. Aku tahu partner aku pun penat sangat apatah lagi dia sekarang dah bekerja, lepas tu ambil dan hantar aku balik dari UNIMAS setiap hari hanya disebabkan aku tidak terpilih untuk tinggal di hostel UNIMAS. Jangan tanya aku kenapa tak menyewa di luar yang dekat sikit ya, aku dah pernah rasa hidup macam tu, itupun nasib baik ada kawan bersama. Sekarang semua benda kena buat dan decide seorang-seorang.

Aku jenis yang pendiam bila tak ada orang dikenali di samping aku, sangat pendiam. Aku lebih suka duduk dan memerhati keadaan di sekeliling aku. Aku juga bukanlah pelajar yang pandai, apatah lagi berduit. Aku tak mampu nak beli beg yang berjenama, pakai alat solek atau berpakaian cantik seperti pelajar-pelajar yang lain. Apa yang aku dapat banggakan pasal diri aku ialah aku mampu bertahan sampai aku berjaya habiskan degree aku dan hargai waktu bersusah mencari ilmu walaupun cuma secebis.

Tapikan, satu jer benda kita kena buang mindset pasal pelajar universiti ni, mostly diorang walaupun terpelajar, diorang masih membawa budaya mentaliti kelas ketiga seperti buang sampah dimerata-rata tempat sebab setiap kali aku ke UNIMAS, aku akan tengok sangat banyak sampah bertaburan di lantai dan cleaner biasanya akan bersihkan pada sebelah pagi dalam pukul 8 macam tu. Aku pernah juga jumpa lebih teruk, ada mereka yang suka ber-gossip dengan kata-kata jahat, membodek lecturer, bersikap sombong sebab rasa diri terlalu kaya dan pentingkan diri sendiri. Aku pun tak tahu kenapa aku banyak terjumpa dengan orang yang macam ni.

Sekarang, sejak aku bergaul dengan orang biasa yang mostly-nya belajar sampai sekolah menengah SPM, aku rasa diorang sangat peramah, rendah diri dan baik. Aku selalu ingat yang ilmu pelajaran ni mampu buat hidup kita senang dan dapat tolong orang yang susah. Rupanya dari segi realiti, ilmu pelajaran hanya diperlukan untuk mencari duit dan kekayaan untuk dipamerkan di hadapan orang yang kurang mampu.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...