Ini adalah perbualan antara aku dengan partner aku Hari tu, salah seorang ahli keluarga aku telah menyampaikan berita kepada aku, seseorang yang aku kenal suatu ketika dahulu baru sahaja meninggal dunia disebabkan tahap kesihatannya yang semakin merosot. Apa yang paling menakjubkan ialah perasaan aku masa tu cuma biasa-biasa sahaja dan aku telah ceritakan hal ini kepada partner aku exactly pada hari yang sama ahli keluarga aku bagitahu aku. Korang boleh tengok perbualan aku dan partner aku seperti di atas, maaf ya sebab banyak kena censored , sebab kandungan perbualan kami ada yang tidak penting untuk diketahui umum. Dari apa yang telah berlaku sekarang, aku mengaku ya, aku memang manusia yang jahat especiall y jahat dengan orang yang jahat dengan aku. Aku teringat zaman aku masih belajar dulu, aku terdesak sangat cari kumpulan yang sudi terima aku untuk buat assignment disebabkan aku telah lost contact dengan group aku yang sebelum ni. Benda ni terjadi sebab salah seorang da...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan