Skip to main content

Tiada Belas Kasihan untuk Kamu

Ini adalah perbualan antara aku dengan partner aku

Hari tu, salah seorang ahli keluarga aku telah menyampaikan berita kepada aku, seseorang yang aku kenal suatu ketika dahulu baru sahaja meninggal dunia disebabkan tahap kesihatannya yang semakin merosot. Apa yang paling menakjubkan ialah perasaan aku masa tu cuma biasa-biasa sahaja dan aku telah ceritakan hal ini kepada partner aku exactly pada hari yang sama ahli keluarga aku bagitahu aku. Korang boleh tengok perbualan aku dan partner aku seperti di atas, maaf ya sebab banyak kena censored, sebab kandungan perbualan kami ada yang tidak penting untuk diketahui umum. Dari apa yang telah berlaku sekarang, aku mengaku ya, aku memang manusia yang jahat especially jahat dengan orang yang jahat dengan aku.

Aku teringat zaman aku masih belajar dulu, aku terdesak sangat cari kumpulan yang sudi terima aku untuk buat assignment disebabkan aku telah lost contact dengan group aku yang sebelum ni. Benda ni terjadi sebab salah seorang dari mereka tidak tulis nombor telefon dengan betul pada kertas aku, apatah lagi aku adalah student dari intake ganjil dan aku tak kenal pun siapa group yang aku join. Aku masa tu cuma mampu berfikiran positif sahaja, assume yang diorang jenis yang buat assignment last minute seperti student-student lain, so apa yang aku buat adalah cuma siapkan part aku sahaja. Then, aku pun sedar yang mereka macam tidak berusaha nak mencari aku sedangkan aku bagai nak mati nak ingat balik muka mereka-mereka ni. Sampailah satu hingga dua hari sebelum assignment due, aku baru berjaya reach line mereka dan apa yang mereka buat adalah tolak aku keluar dari group. Aku tak pernah pun kata aku nak menumpang sebagai "free ride" dalam group mereka, bahkan sudah banyak buat part-part penting dalam assignment kami. Aku juga ada bagitahu mereka yang aku sedia untuk edit atau tambah apa yang patut dalam assignment dan mereka terus menerus tidak menunjukkan rasa belas kasihan kepada aku. Korang tahu sampai terdesaknya aku sampai terpaksa buat announcement dekat group Facebook untuk cari ahli kumpulan baru tapi masa tu semuanya dah terlambat.

Aku belajar banyak perkara dari apa yang mereka lakukan kepada aku. Percayalah, ianya sangat sakit diperlakukan tanpa ada rasa simpati dalam diri mereka. Tapi aku tidak mengalah dan dapat juga survive dengan berjaya. Pengalaman sebegini banyak mengajar aku supaya jangan berbuat baik dengan orang yang jahat. Bahkan mereka tidak layak mendapat keampunan dari kita yang teraniaya sehingga mereka mati.

Berbalik semula kepada gambar di atas, kenapa aku jadi sekejam begitu adalah disebabkan hal yang sama, iaitu tiada belas kasihan. Masa tu aku berumur 12 tahun, adalah orang tersebut telah menyebarkan fitnah yang aku cuba tipu bapa aku hanya disebabkan aku salah faham dengan apa yang disampaikan oleh makcik aku yang paling bongsu. Aku cuba untuk menerangkan balik apa yang aku faham kepada dia tapi dia tidak mahu mendengar. Aku tahu dia tidak sukakan aku dan start hari tu juga aku tidak akan maafkan dia. Aku benci bagaimana dia cuba memanipulasikan keadaan dimana aku membawa watak yang jahat sehingga sekarang. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...