Skip to main content

Keluarga Aku

Aku merupakan anak kacukan dari tiga bangsa utama di Sarawak. Ayah aku berbangsa Melayu Cina manakala Ibu aku berdarah Iban tulen. Mereka berdua berjumpa sewaktu ayah aku menjadi pendidik disebuah sekolah dan Ibu aku pula menjadi pelajar disekolah tersebut. Ayah banyak membantu persekolahan Ibu waktu itu kerana Ibu dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Walaupun kisah mereka tidaklah se-romantik seperti kisah pasangan lain, tapi aku berbangga dengan usaha mereka berdua dalam mengekalkan perkahwinan sehingga kami adik-beradik dewasa terutamanya ayah aku yang sentiasa bersabar dalam segala hal.

Ini adalah gambar keluarga kecil aku, dimana aku masih bersekolah tadika/tahun 1 di Daro. Manakala jurugambar adalah ayah aku.

Aku dilahirkan sebagai anak sulung dan mempunyai empat orang adik-beradik lelaki, adik yang paling terakhir pun sudah hampir mencecah 20-an sekarang. Keluarga aku ni boleh dikatakan keluarga tunggal sebenarnya, sebab kami hidup jauh dari saudara mara yang lain. Aku sendiri pun tak berapa kenal sepupu sebelah Ibu dan sebelah ayah, apatah lagi saudara mara jauh yang lain. Even nenek aku meninggal masa musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu pun aku baru tahu beberapa bulan selepas tu sebab tak ada seorang pun yang datang inform aku walaupun sudah saling berkongsi contact number. Aku juga masa kecil pernah mempertikaikan keputusan Ibu dan ayah aku, kenapa mereka mahu menjauhkan diri dari keluarga mereka sendiri sedangkan tidak pernah berlaku apa-apa yang tidak elok diantara mereka.

Dulu aku masih jahil dan tidak tahu apa-apa dan sekarang barulah aku faham keadaan sebenar yang terjadi.

Kehidupan aku semasa bersama keluarga aku sejak lahir agak jarang sebenarnya bahagia. Kebanyakkannya waktu dihabiskan dengan konflik dan salah faham. Tapi aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni termasuk Ibu dan ayah aku. Ibu aku masa mula-mula kahwin dulu tersangatlah muda (berumur 15 tahun) dan ayah aku pula berumur 31 tahun. Aku faham Ibu aku sangat tertekan berdepan dengan pelbagai dugaan pada usia yang masih awal remaja, masih lagi berfikir menggunakan emosi, masih ada rasa sensitif dengan kata-kata manusia luar. Sekarang ni pun, dah banyak sangat aku jumpa Ibu muda yang dah jadi janda akibat perkahwinan mereka yang gagal.

Tapi aku gembira sebab Ibu dan ayah aku masih okay sampai sekarang, setelah mereka banyak mengharungi pelbagai halangan dan masalah which is tak semua akan diceritakan di blog ini. Apapun, kami adik-beradik semua cukup pakai, cukup makan, belajar pun boleh sampai ke peringkat tinggi sudah sangat tak terkira rasa terima kasihnya. Cuma yang pelik dalam kami sekeluarga ni, kami bukan jenis berkata-kata manis di hadapan masing-masing. Kalau ambil berat, kami tunjuk saja caranya tapi selalunya tak akan obvious. KERANA KAMI MASING-MASING EGO.

Rasanya setakat ini saja cerita ringkas keluarga aku. Tidak semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang aman damai. Namun jangan bersedih bagi yang rasa diri mereka kurang bertuah, sebab aku percaya kebahagiaan itu bukan milik sesetengah orang sahaja. Cuma yang membezakan kita semua adalah tahap dan tempoh perjuangan kita untuk mencapai ke peringkat tersebut. Walaupun kedengaran tidak adil, tapi itulah kehidupan. Tidak ada perkara yang adil dalam dunia ini sebenarnya, yang ada cuma yang mampu survive sahaja yang dapat menikmati kehidupan mereka. Aku yakin semakin kuat rasa struggle itu, semakin kita rasa hasilnya istimewa. Jadi, jangan berputus asa ya.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...