Skip to main content

Aku Bila Berbahasa

Mula-mula sekali, janganlah salah faham ya, yang orang Sarawak ni susah nak bercakap dalam bahasa Melayu baku, atau bahasa Melayu KL. Aku selalu jumpa kawan-kawan yang fasih sampai 5-6 bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Melayu baku. Kadang-kadang ramai juga Sarawakian yang suka bercakap bahasa campur seperti menggabungkan semua bahasa menggunakan satu ayat sahaja, termasuk aku dan family aku. Since aku hidup dalam keluarga yang bercampur kaum, aku dan adik-beradik selalunya diajar berinteraksi dalam pelbagai bahasa termasuk sedikit bahasa Brunei selain menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa utama.

Pada mula aku dilahirkan dan sampailah habis SPM, aku tidak pernah didedahkan dengan bahasa Melayu Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak selalunya banyak digunakan di sekitar kawasan Kuching dan sedikit kawasan di Miri. Manakala di Sibu banyak menggunakan bahasa Melayu baku, begitu juga di Bintulu disebabkan rakyatnya banyak Iban dan Cina. Di Mukah, Daro dan Matu pula banyak menggunakan bahasa Melanau since majority mereka terdiri dari kaum Melanau. Ini adalah menurut dari pengalaman aku. Aku start belajar bahasa Melayu Sarawak pun bila aku mula bermastautin di Kuching.

Selain itu juga, aku sebenarnya ada sedikit masalah dalam berinteraksi dengan orang, disebabkan masa remaja dulu aku jenis yang anti-sosial. So, no wonder aku tidak mempunyai ramai kawan sampai kuantiti pun boleh dikira dengan jari-jari sebelah tangan sahaja. Kadang-kadang aku akan mengalami masalah bahasa berterabur bila tengah-tengah perbualan dengan orang, entahlah kenapa... Nak kata nervous tak juga sebab sometimes aku akan jadi macam tu even dengan orang yang aku kenal rapat. Bila rasa susah nak explain dengan orang tentang sesuatu, aku akan bingung nak guna bahasa yang macamana, lepas tu start-lah pakai bahasa pelik dan cincai.

Bahasa Melayu aku sebenarnya boleh dikatakan berada di tahap kritikal sekarang. Even melalui blog yang aku tulis juga dapat membuktikan yang aku sangat lemah dalam berbahasa, termasuklah bahasa Inggeris. Kadang-kadang pattern bahasa yang aku gunakan agak kebudak-budakkan, tapi jangan salahkan atas sebab aku Sarawakian. Ramai Sarawakian yang lain dibesarkan dalam keluarga yang berbilang kaum tapi sangat fasih berbahasa tak kira apa mother tongue mereka. Manakala aku pula seperti tiada bahasa utama yang aku fasih, tidak seperti adik-beradik aku sendiri yang fasih bila berbahasa terutamanya bila mereka berbahasa Melayu baku.

Aku dulu pernah kena benci dengan bekas housemate lama dulu masa awal diploma disebabkan tidak pandai berbahasa Melayu Sarawak dan sesetengah mereka menganggap orang Sarawak yang bercakap style Melayu baku atau slang KL ni mengada-ngada. Tapi serius aku betul-betul struggle nak belajar budaya mereka hanya kerana tidak mahu disisihkan. Tapi sekarang, aku betul-betul gembira sebab aku diberikan kawan yang mampu terima aku seadanya, dan aku selesa berbahasa Melayu baku dengan mereka walaupun aku kini agak fasih dalam bahasa Melayu Sarawak. Mana yang pernah aku kenal sebelum-sebelum ni yang demand kawan yang mereka rasa standard dengan mereka sudah aku buang jauh-jauh. Ramai lagi orang yang baik yang boleh dijadikan kawan.

Tempat ni adalah tempat aku belajar dulu

Kesimpulannya, bagi aku tak kira bahasa apa yang kita gunakan, fluent atau tidak, semua itu tidak kisah asalkan penerima faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh penyampai. Jangan hanya kerana bahasa, masing-masing membenci antara satu sama lain. Satu lagi nasihat aku, bila kita berada dalam satu kumpulan yang terdiri dari lebih satu bangsa, elakkanlah bercakap dalam bahasa yang orang lain tidak faham dengan orang yang sama bangsa dengan kita untuk mengelakkan orang lain salah faham serta timbul rasa kekok atau rasa disisihkan. Kita terdiri dari masyarakat majmuk bukan bermaksud kita mesti berbangga dengan bahasa dan kaum kita sehingga memandang rendah kaum lain. Sebab itu kita wajib belajar bahasa rasmi negara, kerana itu salah satu perkara yang dapat menyatupadukan semua kaum di Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...