Skip to main content

Aku Bukan Orang Cina

Aku teringat kenangan sewaktu aku masih di universiti dulu. Masa tu aku pergi ke Student Pavillion untuk beli makanan selepas beberapa minit habis kelas. Masa tu, lapar macam buaya. Kalau makan dalam kuantiti yang banyak pun lambat nak membesar sebab masih muda lagi, tahap metabolisme pun masih tinggi. Tak dapat dibayangkan betapa buasnya aku dulu. Aku suka makanan dekat Pavillion walaupun banyak yang complain tak sedap termasuk lecturer aku sendiri, manakala aku ni jenis tak kisah sangat jika dibandingkan makan Maggi Mee yang direndam dalam air panas.

Tiba-tiba masa tu aku terasa sangat nak minum ABC, so aku pergilah beli dekat satu kedai beverages ni. Bila aku start order dari seorang cashier lelaki ni, aku hairan dia macam tulis something dekat aku punya cup, yang ala-ala Starbucks gitu. Boleh tengok gambar dibawah yer. 

ABC gitu, sangat sedap

Lepas tu dia pun tanyalah aku sama ada aku ni berbangsa Cina, dan seperti biasa aku cuma gelengkan kepala tanda tidak. Aku pun bagitahulah yang aku ni berbangsa Melayu, dia punya terkejut macam jumpa German Shepherd yang tengah ready nak kejar orang. Dia pun tak sangka yang aku ni adalah Sarawakian which is masa tu dah fluent dah cakap Melayu Sarawak. Aku bukanlah nak cakap apalah, tapi akan sentiasa ada orang yang salah faham dan anggap yang aku ni Chinese. Ada orang juga pernah bagitahu yang muka aku ni 100% tak macam muka orang Melayu, ada yang cakap muka aku lebih kepada Cina, ada yang bagitahu lebih kepada Iban, muka sikit macam orang Jawa pun ada juga masa aku PLKN dulu. Aduh, lawak betul.

Ada juga orang Cina sendiri suka cakap Mandarin dengan aku terutamanya bila berjual-beli barang, Nasib baiklah ada sikit ilmu-ilmu kelas Mandarin aku dulu bolehlah kenal bunyi-bunyi nombor yang mereka sebut depan aku. Even Tutor kelas Mandarin aku pernah sangsi dan ingat aku pernah bersekolah rendah di sekolah Cina (which is student yang pernah bersekolah Cina dilarang ambil kelas Mandarin di Universiti), saja nak buat aku cuak kan, LOL. Satu-satunya bahasa yang aku faham dan sedikit fasih adalah bahasa Melayu baku, yang selebihnya, bahasa campur itu memang kepakaran aku.

Muka dulu

Muka sekarang

Salah faham macam ni memang selalu terjadi sampailah aku bekerja sekarang. Aku tak kisah sebenarnya dianggap macam tu, cuma orang disekeliling aku yang kenal aku mungkin muak asyik-asyik berdepan dengan benda macam ni. Bagi aku, since kita orang local ni duduk dibawah satu tempat yang sama, muka kita semua sebenarnya tak adalah jauh beza sangat. Kita pun masih digelar sebagai Asian dimata orang luar. So, tiada apa nak dibanggakan dan tiada apa yang nak dimalukan. Aku juga pernah kenal dengan beberapa salesman dan saleslady ni yang gigih nak cakap Mandarin dengan aku walaupun mereka tahu yang aku bukan Mandarin speaker dan bukan orang Cina. Rasa nak letak emoji ketawa pula dekat sini. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...