Skip to main content

Aku Wanita Biasa

Mungkin akan ada orang di luar sana yang pertama kali berjumpa dengan aku secara realiti akan cakap "Ouh, dia ni tak la seperti macam dalam gambar", "Mesti ambil gambar edit sampai flawless", "Dekat internet nampak macam kurus, realitinya gemuk". Mungkin saja ya, bukanlah berprasangka buruk. Sebab dulu, masa tengok comelnya gambar Bella Astillah dekat Instagram, tiba-tiba ada netizen sorang ni comment yang muka Bella biasa jer in real life, tak lah cantik mana. Kata dialah, entah kenapa aku pula yang terasa. Mungkin sebab perempuan ni cepat sensitif bila sebut hal kecantikan. Tapi, Bella memang sentiasa cantik dimata aku, tak pernah tak cantik. Cyber bully cakap macam tu pun sebab diorang rasa insecure dan aku tengok profile picture netizen yang cakap macam tu pun biasa jer, entah macamana nda kah rupa dia bila jumpa face to face.

Berbalik pula kepada cerita aku ni, aku akui yang aku ni kategori biasa-biasa jer, kalau rasa cantikpun cantik untuk diri sendiri sahaja. Kalau tengok dari gambar pun biasanya kena dapatkan sudut yang betul baru dapat hasilkan gambar muka photogenic. Bak kata orang yang berpengalaman, dalam seribu gambar diambil, cuma satu dua jer yang berjaya keluar di Instagram/Facebook/Twitter. Kalau filter pun, biasanya aku suka pakai B612 untuk selfie, kalau main camera, lebih suka original camera app sebab nak fokus dengan kecantikan background. Kalau nak post ke social media, aku lebih prefer IG filter. Aku tak minat heavy filter yang boleh edit sampai kurus, cukuplah dengan teknik posing yang betul bila depan camera.

Kalau aku time zaman muda remaja dulu, sangat struggle nak dapatkan kulit muka flawless sebab jerawat sentiasa ada masa nak melawat ke muka aku. Bila dah mencecah usia dewasa ni pula, struggle dengan bentuk dan berat badan yang makin "sihat". Kalau dulu, makan apa-apa saja tetap boleh maintain berat badan tapi sekarang makanan-makanan ni bukan boleh dibuat main, aku buat medical checkup bulan lepas nasib baik semuanya masih di tahap normal cuma doktor sarankan aku banyakkan exercise

Ni zaman awal remaja, kiranya 10 tahun yang lalu

Lebih kurang macam ni aku yang sekarang

Memang ada kawan yang baik hati sentiasa cakap yang aku ni cantik, ibaratnya macam reaksi mereka nampak perempuan yang sangat cantik. Terima kasih ya, tak sangka pula aku ni cantik di mata sesetengah orang. Aku pun tengok wanita-wanita disekeliling aku semua cantik-cantik juga. Ada yang flawless kulit muka, ada yang panjang melentik eyelashes, ada yang body cun macam model, ada yang kecil comel-comel, dan masing-masing mereka mempunyai kecantikan yang unik sampaikan ada satu tahap aku ni tak ada nilainya nak dibandingkan dengan mereka.

Kalau nak tahu, aku ni ada masanya tidak memiliki langsung self confidence. Aku sentiasa ada perasaan dimana orang lain lebih bagus dan baik dari aku tak kira aku usaha macamana sekalipun. Tadipun lepas tengok anime movie "Grave of the Fireflies". Sumpah sedih sangat cerita tu. So, no wonder aku tulis ni ada down sikit. Tapikan, pengajaran dari cerita tu juga membuatkan aku sentiasa berterima kasih yang aku masih hidup bahagia dan diberi peluang untuk menghargai orang disekeliling aku yang masih mampu terima keadaan aku sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...