Skip to main content

Blog Personal Pemecah Privasi?

Ramai yang menyangka bila kita selalu bercerita pasal diri kita atau meletakkan gambar-gambar aktiviti kita di media sosial membuatkan hidup kita tiada lagi privasi. Well, bagi aku keadaan itu bergantung pada individu itu sendiri yang maksudnya, memang ada certain individu suka post aktiviti dan pencapaian mereka di media sosial tapi kita tidak pasti adakah mereka cuma menyiarkan apa yang terbaik bagi mereka sebagai tontonan umum atau adakah sememangnya mereka jenis yang suka berkongsi kisah hidup mereka walaupun hal yang kecil. Macam yang kita sering dibagitahu, apa yang kita lihat pada kehidupan orang lain di sosial media tidak semestinya menceritakan hal sebenar yang mereka lalui secara realiti. Sebagai owner kepada akaun sosial media juga, sudah semestinya mereka akan berkongsikan hal-hal yang menarik pasal diri mereka, manakala yang cela pula disembunyikan. Itu normal. Mana yang suka berkongsi cela sendiri pun ada juga, aku sendiri tidak mahu menghakimi mereka-mereka ini. Mereka juga ada hak ke atas akaun mereka sendiri, dan kalau kita tidak suka, kita boleh saja tekan butang "block".

Aku tak ada gambar lain nak post, so pakai jer gambar ni

Sebagai blogger walaupun bukan professional, aku juga turut memilih beberapa topik untuk dikongsikan. Tidak semua hal-hal personal akan aku paparkan disini terutamanya selepas kejadian beberapa tahun yang lalu, dimana aku dulu pernah diintip oleh beberapa individu yang entah kenapa perlu obses dengan diri aku yang tak seberapa ni. Lagipun, semenjak dah melangkah ke zaman maju, masyarakat kita agak jarang membaca blog/artikel dari website luar selain Facebook, jadi aku rasa lebih selamat berkongsi 50% serba-serbi kisah hidup aku disini walaupun disiarkan secara tontonan umum (public). Traffic blog baru juga biasanya agak rendah berbanding blog-blog lain yang otai (which is aku tak pasti diorang masih wujud lagi atau tidak).

Bagi yang dah lama kenal aku, mungkin dah tahu sikit pasal diri aku ni sebab sebelum ada blog baru ni, aku dulu pernah ada blog lama beberapa tahun yang lalu yang boleh tahan aktif juga masa tu. Tapi, sepanjang masa aku ber-blogging, belum pernah lagi aku bongkarkan segala hal-hal personal aku kepada orang awam. Cukuplah sekadar memberi clue sahaja yer.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...