Skip to main content

Hantu Selfie

Satu habit yang tak dapat dibuang dari aku ialah selfie remaja lagi, tak kira masa, tempat pun di mana saja. Cuma, dalam masa beberapa tahun ni, aku agak kurang ber-selfie disebabkan keyakinan pada diri sendiri telah menurun. Aku tak maksudkan aku pernah cantik di mata orang lain, asalkan diri sendiri sudah suka tengok muka sendiri pun dah okay. Aku ni kalau nak diikutkan secara realitinya taklah macam dalam gambar yang diambil. Aku sekarang dah "comel" sangat, jauh bezanya dari aku yang dulu. Leher pun dah macam tak ada, double chin apatah lagi, sikit hari boleh jadi triple chin kot kalau tak jaga makan.

Gambar ni pakai filter instagram jer, scar-scar muka masih boleh dilihat apabila di zoom dekat

Kalau bab filter-filter ni, aku lebih prefer Instagram punya filter. Color dia pun cantik nostalgia gitu. Kalau filter yang sampai bengkok jubin dinding ka, patah tiang tak pernah pula sebab dah jauh sangat dari original. Filter color atau tambah telinga kucing, tambah misai, cermin mata palsu ni aku masih boleh terima. Apa-apapun, kalau orang lain nak filter gambar dia macamana pun sukahati merekalah, aku tak judge mereka. Aku pun ada pilihan aku sendiri mahu yang macamana.

Jika dibandingkan dengan aku yang ibarat jauh api dari panggang dari api, budak-budak sekarang yang selfie-nya sangat cantik dan trending siap rambut pun style model (jarang dah tengok rambut diorang ada bangs), kening pun on fleek, background mahal-mahal, badan slim gitu, barang yang dipakai branded dan kualiti kamera yang sangat mantap. Diorang punya filter pun pakai Lightroom, aku sampai sekarang pening nak pakai Lightroom yang entah bukan-bukan. Lucu jugalah bah aku ni kan? LOL!

Ini pula selfie aku 13 tahun yang lepas

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...