Skip to main content

Pengalaman Berkawan

Setiap daripada kita mempunyai keunikan tersendiri, begitu juga dengan aku. Masa zaman sekolah dulu, memang kawan sekelas selalu cakap yang aku ni pelik tapi aku tak kecil hati, malahan bangga sebab rasa diri special. Cuma, itulah... Aku tak ramai kawan, kawan yang baik maksud aku. Aku masa kecil dulu sangat suka keluar dan bermain dengan kawan sampaikan family aku terpaksa lock pintu rumah sebab aku selalu balik lewat petang. Terus-terang aku bagitahu yang aku dulu bodoh sebab sanggup bagi se-bag kecil yang penuh dengan duit syiling dengan kawan yang tak berapa nak berkawan dengan aku. Bukan setakat itu saja, emas pun pernah aku bagi dengan harapan mereka akan suka kawan dengan aku. Banyak kenangan yang pahit bila melibatkan orang disekeliling yang kita ingat boleh dijadikan kawan baik, tapi berakhir dengan kehampaan.

Bila dah masuk usia remaja, kebanyakkan masa aku cuma bergaul dengan rakan sekelas. Ada yang baik, ada yang bermuka-muka, tak kurang juga yang memang tak suka dengan aku. Bila dah masuk PLKN pula, banyak yang jadi toxic tapi ada certain yang memang betul-betul baik. Begitu juga masa aku diploma, end up dengan seorang kawan rapat bernama Kak Mal. Kawan yang lain pun ada, cuma sekarang banyak dah bawa haluan masing-masing. Yang mampu bertahan sampai sekarang kebanyakkannya kawan semasa di universiti. Kawan aku mostly adalah perempuan sampailah sekarang sebab aku jenis yang tak pandai bergaul dengan lelaki. Kalau ada pun kawan lelaki, semua tak rapat. Bukan sebab aku sombong atau tidak mahu bergaul, kadang-kadang bila aku tengok mereka macam tak suka didekati, atau tidak mahu bercakap memang automatik aku akan jauhkan diri. Bak kata orang, hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong.

Bukan itu saja, berkawan ikut bangsa/agama sendiri pun ada since kita Malaysia hidup dalam masyarakat yang majmuk terutama sekali bila kita sambung belajar di universiti tak kisahlah dimana saja termasuk di Sarawak. Aku pernah kena tanya dengan satu group yang semua ahlinya perempuan Iban, mereka tanya aku berbangsa apa, dan selepas diorang tahu bangsa aku, tiba-tiba terus buat tak kenal dan tak tegur aku sampai habis semester. Bukan itu sahaja, aku juga pernah chatting dengan orang yang pilih kawan macam pilih sayur, bila dapat tahu bangsa, agama, penampilan aku tak kena pada kriteria yang mereka mahu, mereka akan berhenti reply chat aku. 

Kawan aku yang tak ramai, semua dah menjalani hidup masing-masing

Tapi yang buat aku rasa hairan, orang yang demand lebih-lebih ni taklah cantik/handsome pun, apatah lagi pandai/bijak, kaya lagilah jauh panggang dari api. Aku rasa diorang ni jadi macam tu cuma nak sesuatu dari orang lain yang boleh bagi mereka benefit. Apapun, aku rasa legalah juga sebab lebih banyak orang toxic lari dari aku, lebih baik kualiti hidup aku. Tapi, aku ni sebenarnya taklah memilih kawan pun, as long as mereka friendly dengan aku, dan bukan jenis yang tikam belakang itu yang paling penting. Kalau aku rasa orang tu macam toxic atau cemburu yang lain macam, aku akan stop sharing cerita-cerita peribadi aku dengan diorang. Lebih baik cerita dekat blog dari cerita dari mulut ke mulut, at least dekat blog, cerita tidak akan diputar belit oleh pihak tengah. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...