Skip to main content

Permulaan Hidup Aku

Hi. Seperti biasa sebelum berkongsi tentang perkara lain, terlebih dahulu aku akan membuat sedikit perkenalan pasal diri aku yang biasa-biasa ni. Aku dilahirkan pada penghujung tahun 80-an di sebuah hospital di Sibu, yang kini telah menjadi satu-satunya muzium di tengah-tengah bandar Sibu. Masa tu, ibu dan ayah aku masih menetap di Matu dan mungkin kebetulan aku dilahirkan masa diorang tengah bercuti di Sibu, kalau aku tak silap dengar. Lepas tu, aku dibesarkan sekejap di Matu sebelum berpindah ke Daro. Daro pula merupakan sebuah pekan kecil masa tu, kalau nak ke Sibu perlu menaiki bot ekspres yang panjang ditambah pula aku masa budak jenis yang cepat mabuk laut. Memang agak terseksa sebab aku agak selalu berjalan kesana-kesini ikut ayah, tapi seronok sebab dapat keluar mengalami sendiri suasana baru.


Aku start zaman persekolahan aku di sebuah Tadika Kemas di Daro selama 2 tahun. Kemudian menyambung pelajaran di sekolah rendah di Daro selama 2 tahun sebelum berpindah lagi ke Sibu. Di Sibu, aku sempat belajar di sebuah sekolah menengah di Kemuyang sehingga tingkatan 2 dan seterusnya masuk ke tingkatan 3 ke atas di Mukah kerana pekerjaan ayah aku yang membuatkan kami terpaksa berpindah-randah seperti manusia yang hidup nomad. Tapi aku tak marah pun, malahan berasa sangat bertuah sebab diberi peluang untuk melihat dunia orang di tempat yang berbeza. Selepas aku habis tingkatan 5, aku menyambung pelajaran aku di peringkat diploma di kolej swasta di Kuching dalam bidang makmal perubatan selama 3 tahun. Dengan berbekalkan result yang cemerlang, aku teruskan lagi pelajaran aku di peringkat ijazah dalam bidang bioteknologi sumber di Kota Samarahan sementara pada masa yang sama, keluarga aku berpindah ke dari Mukah ke Dalat sebelum berakhir di Sibu, dimana ayah aku telah bersara dan membeli rumah di sana. Semenjak itu, aku tidak lagi tinggal bersama keluarga aku. Aku kini sudah ada kehidupan sendiri dan bekerja di Kuching walaupun hanya pekerjaan biasa sahaja. Tapi aku sudah cukup gembira dengan apa yang aku ada sekarang.

Rasanya aku dah lebih 13 tahun dah menetap di Kuching. Aku tak merancang untuk bekerja di tempat tinggal keluarga aku, ataupun mencari pengalaman kerja di luar Sarawak sebab aku dah jatuh cinta dengan suasana kehidupan di bandar Kuching. Dari aku berstatus single, sampailah terjumpa pasangan hidup so jangan salah faham ya kerana aku sebenarnya agak lama membujang di Kuching disebabkan hendak fokus dengan pelajaran pada masa tu. Bahkan, setiap kali bila keluar travelling ke tempat lain ataupun pulang ke rumah keluarga, hati aku terasa rindu dengan bandar Kuching dan sentiasa tak sabar nak balik.

So far, kehidupan aku ni, hampir semuanya diisi dengan kehidupan sebagai pelajar iaitu lebih 20 tahun kalau tak silap, yang kerjanya hanya belajar dan enjoy bersama yang tersayang. Kadang-kadang aku rindu zaman belajar dulu sebab rasa masih muda, banyak masa terluang dan banyak kawan. Tapi zaman dah bekerja ni lebih mencabar dan menyeronokkan terutamanya dari segi kestabilan kewangan dan cara hidup sosial kita.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...