Skip to main content

Selamat Datang 3-Series

Hi. Aku sekarang agak busy sikit dengan kerja dan juga pening nak atur design blog dalam .Wordpress ni. Al-maklumlah dengan umur yang semakin meningkat dan bukan jenis yang suka melekat dengan laptop 24 jam tak macam zaman belajar dulu, aku rasa aku banyak ketinggalan dalam bab I.T sampaikan nak download lagu pun dah start terkebil-kebil. Itulah salah satu perkara yang aku tak berapa nak restu pasal diri aku, JADI TUA. Sampai sekarang sebenarnya aku masih tak sangka umur dah mencecah 30-an, Terus-terang aku cakap yang aku sebenarnya masih dibuai dengan umur pertengahan 20-an.

Masa ni aku datang melawat kawan yang sedang pregnant, masing-masing umur dah mencecah 3-series

Rasa macam masih tak puas jer nak enjoy zaman muda-mudi, zaman dimana diri ini masih kelihatan kurus dan fit (tapi masa tu fikir badan sentiasa gedempol), masih mahu menjaga kecantikan, tidak perlu bingung dengan komitmen, dan boleh melekat dengan kawan-kawan hampir 24 jam. Tapi kan, ada jugalah sebenarnya terpaksa melalui pahit getir dalam tempoh tersebut especially bila melibatkan orang lain yang tak suka pada kita. Apapun, aku tak nak ambil endah sangat, sebab kalau kita stress mereka lagi suka. Anggap sahaja mereka sampah di tepi jalan, jangan dipandang dan terus melangkah kehadapan dengan gembira.

Bila dah masuk zaman bekerja ni, aku rasa dah makin slow down pula. Kawan pun makin duduk menjauh, ada pula yang dah berkahwin dan ada anak seketul dua. Itu belum lagi bila terpaksa deal dengan orang yang cepat cemburu dan suka bersaing secara tidak sihat. Zaman ni, jangan ingat semua benda disekeliling kita turut matang sama, kadang-kadang negativity itu lebih banyak dari yang kita jumpa sebelum ini. Tapi, tidak bermaksud kita turut menjadi toxic. Memang betul, nak mengelak itu payah tapi belajarlah macamana nak handle benda macam tu secara professional. Kalau tak dapat juga, mungkin kita sendiri perlu menjadi tegas atau terus tinggalkan saja negativity tersebut. Pilihan di tangan kita, jadi pilihlah baik-baik ya.

Aku juga sebenarnya tidaklah bermaksud seperti orang yang tidak dapat terima kenyataan melangkah ke 3-series. Kita pun sedia maklum tahu bahawa umur hanyalah angka semata-mata. Cuma aku masih agak terkejut dengan keadaan aku sekarang, dimana aku perlu lebih berhati-hati dalam segala hal especially diet dalam pemakanan. Masa ni, kalau tak jaga diri, memang badan susah nak pakai lama untuk hari yang mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...