Skip to main content

Tempat Paling Diminati

Terus-terang aku katakan, aku rasa sangat bertuah sebab diberi peluang dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak dan menjadi rakyat di negeri Ibu Pertiwi. Since Sarawak terletak di kepulauan Borneo, agak senang bagi aku untuk pergi beriadah di pantai dan pantai di Sarawak ni bukan setakat satu tempat sahaja, di Kuching pun sudah terdapat pelbagai jenis pantai. Kalau tak nak jalan ke pantai, mahu jalan ke sungai, ke air terjun atau kawasan pergunungan, dalam gua, tasik besar, hotspring, taman bunga di kawasan tanah tinggi semuanya ada di sini. Yang tinggal, hanya kita sekarang dalam membuat keputusan untuk meneroka hidden gems tersebut.

Salah satu tempat favourite aku

Walaupun begitu, negeri-negeri lain apa juga kurangnya terutamanya Sabah sebab aku pernah melancong ke sana 2 tahun yang lepas. Kalau diberi lebih masa terluang dan ekonomi yang mencukupi, sudah tentu aku akan mengambil peluang untuk meneroka di tempat lain. Cuma pada waktu sekarang, kita sedang mengalami gelombang penyakit Covid-19 dan sekaligus membantutkan tujuan aku untuk melancong ke luar negara bersama kawan lama (Kak Mal) yang sepatutnya akan dilakukan pada tahun hadapan dan tahun satu lagi. Demi keselamatan masing-masing, aku batalkan saja niat suci ni dan mungkin kali ni passport merah akan menjadi buku yang sia-sia.

Nasib baik tempat sendiri sudah dihujani dengan tempat-tempat yang cantik. Since aku ni jenis yang sangat suka dengan permandangan tepi laut, untuk ke pantai memang tidak menjadi masalah.

Tapi kenapa aku mesti memilih pantai ya?

Gambar lama ini di ambil oleh partner aku, sesungguhnya aku sangat rindu dengan rambut bangs aku

Bagi aku, permandangan tepi laut merupakan terapi paling terbaik selepas kepenatan bekerja. Walaupun tidaklah sekerap mana berjalan, dua bulan sekali pun sudah memadai bagi aku. Aku rasa aku sangat tertarik dengan warna biru laut dan langit terutama pada musim panas. Bila waktu malam pula, pantai jugalah tempat yang paling terbaik untuk melihat bintang-bintang di angkasa lebih-lebih lagi bila kita berada di pantai liar, dimana pencemaran cahaya tidak akan berlaku pada waktu itu. Bahkan, aku dan partner aku pernah bercita-cita untuk buka sebuah resort di tepi pantai dan menyediakan tempat khas untuk melihat bintang galaksi milky way pada waktu malam. Tapi itu, cuma cita-cita kami sahaja sebab untuk melaksanakannya perlukan banyak modal, tempat yang menarik, kerah keringat banyak pihak dan perlu bersiap bersedia untuk mengalami kerugian sekiranya sesuatu terjadi.

Apa-apapun, jangan stress ya. Kita rehat dan berseronok di pantai. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...