Skip to main content

Tempias Covid 19

Hari tu aku ada ambil cuti untuk memanjakan diri di spa sekejap, tengahari tu terus jalan ke Lundu dari Kuching. Perjalanan cuma mengambil masa dalam sejam lebih jer kalau dari Feri Rambungan dan guna Jalan Sampadi. Aku rasa last aku pergi Lundu sebelum sekarang adalah hujung tahun 2019 atau awal tahun 2020 sebelum pandemik Covid 19 ni datang. Sekarang ni Sarawak tengah mengalami gelombang kedua Covid 19 disebabkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba bekerja secara haram di Sarawak dan juga rakyat Sarawak yang datang dari negeri dan negara luar (ada juga yang ingkar untuk ikut arahan self kuarantin) disebabkan sikap yang pentingkan diri sendiri kerana mereka beranggapan mereka tiada simptom maka tidak berpenyakit, so golongan mereka ini jugalah tiada inisiatif untuk cek Covid 19 SENDIRI di tempat yang sepatutnya. Dah makin panjang pula ceramah aku pasal Covid 19 ni. Malaslah nak ambil pusing sebenarnya, nanti kita pula dikatakan memandai-mandai.

Tapikan, aku kasihan sangat dengan orang lain dan diri sendiri yang tak buat apa-apa salah tapi turut terkena tempias Covid 19 ni. Disebabkan perkara ni berlaku, semua orang terpaksa duduk rumah 24 jam. Kalau ada pun yang kena pergi kerja, kena sentiasa berhati-hati dengan semua orang di sekeliling mereka. Ada yang plan nak berjalan-jalan di sekitar dalam negeri pun tak dapat dah buat masa sekarang. Ada yang kena siap kena berhenti kerja, ada yang terpaksa guna duit KWSP yang tak seberapa banyak untuk bagi makan anak-anak, malahan ada yang tak pernah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara tiba-tiba boleh kena Covid 19 sebab ter-contact secara tak sengaja dengan golongan yang pentingkan diri sendiri ni.

Kawan baik aku pula sekarang ni baru melahirkan anak perempuan, aku disini terpaksa wish dari jauh jer walaupun sekarang dibolehkan keluar dari rumah. Aku tak mahu apa-apa berlaku pada mereka since kerja aku pun banyak deal dengan supplier. Kadang-kadang aku terfikir macamana orang yang pentingkan diri sendiri ni tanpa rasa bersalah keluar dari kuarantin, lepas tu menipu sejarah perjalanan dan berjalan-jalan keluar menyebarkan penyakit dan menyusahkan frontliners sampai boleh menyebabkan kematian orang lain? Adakah dalam diri mereka masih ada rasa belas kasihan atau sudah buta dibelenggu dengan rasa tamak dan tidak selesa mengikut arahan?

Beberapa orang yang aku kenal sangat marah dan siap bagi macam-macam idea pasal orang yang kena Covid-19 yang pentingkan diri sendiri ni dikenakan tindakan undang-undang seperti tidak memberikan mereka apa-apa rawatan dari hospital tapi still boleh kena kuarantin secara paksa, ada yang harap mereka ni bagi jer suntikan mati, ada juga yang suggest jangan bagi siapa-siapa mahupun rakyat sendiri masuk ke Malaysia sampailah Covid 19 ni tak ada lagi, ada yang tak setuju mereka dibagi fasiliti kuarantin mewah macam dekat hotel, demand lebih dan menyusahkan orang sahaja terutamanya kerajaan yang terpaksa menggunakan duit yang banyak, sedangkan keluar negara tu adalah pilihan individu itu sendiri (which is mereka bercadang bagi jer golongan tersebut tempat kuarantin yang biasa-biasa macam hostel yang dinding di-cover pakai kotak atau plywood). Aku pun facepalm sahaja mendengar rintihan mereka sebab bagi aku, mereka juga mangsa dari tempias Covid 19 dan mereka ada hak menyuarakan pendapat mereka. Apa-apapun, aku harap benda ni segeralah tamat.

Nasib tempat ni tak ada orang 

Bagi pesakit Covid 19 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka, aku ucapkan tahniah diatas keberanian anda dan semoga cepat sembuh ya. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...