Skip to main content

Ideologi Masing-Masing

Tak semua orang disekeliling aku tahu siapa diri aku yang sebenar, apa pegangan aku, apa yang aku percaya, ideologi dan sebagainya. Bukan bermaksud orang disekeliling aku ni tak baik, cuma bagi aku, lain orang, lain cara penerimaan mereka terhadap diri kita. Tak semua ideologi yang kita pegang sama dengan orang lain, lebih-lebih lagi bila mindset kita bukan typical seperti orang lain.

Sejak kecil aku selalu kena brainwashed dengan apa yang patut dan tak patut kita buat, sampaikan aku rasa diri aku sombong hanya kerana patuh dengan arahan tanpa aku sendiri cuba memahami apa yang sebenarnya aku betul-betul cuba ikuti. Sebab itu selepas aku menempuh zaman persekolahan, aku terus berubah. Memang akan ada orang akan cakap aku ni kena "culture shock", tapi cuma aku sahaja yang tahu kenapa aku jadi begini sehingga sekarang. Bila aku berubah, aku lebih merasai ketenangan, lebih tenteram dan jadi lebih baik walaupun roh ni masih digari.

Mungkin aku ni kelihatan lain dari yang lain, mungkin orang akan lihat aku ni jenis yang liar berdasarkan penampilan dan cara hidup aku. Cuma orang terdekat sahaja yang tahu siapa aku, dan yang penting aku gembira dengan keadaan aku sekarang. Kadang-kadang kalau ikut mulut orang ni, satu kerja pun tak jadi. Hujung cerita, kita tetap juga jadi bahan umpatan orang lain.

Tak salah berbangga jika kita tampil sebagai seorang yang unik as long as kita tidak merendahkan atau menganggu hidup orang lain. Mungkin sebab tu juga aku ni jenis yang tak banyak kawan rapat, sebab aku tahu tak semua boleh terima keadaan aku yang macam ni. Even family aku sendiri pun tak berapa kenal aku yang sebenar. Bukan apa, tapi entahlah, aku sangat memilih orang kalau nak share satu-satu cerita yang sangat kontroversi. Tapi kalau mahu paling telus, bercerita melalui medium blog Wordpress ni lebih bagus rasanya sebab semua tulisan adalah datang dari idea kita sendiri dan bukannya dari mulut ke mulut orang lain.

Aku taklah meminta-minta orang datang melawat ke blog ni untuk dapatkan traffic yang tinggi. Kalau sudi datang, datanglah. Kalau tak minat nak ambil tahu pun tak apalah. Aku buat blog ni pun sebab aku mahu cipta satu memori dimana aku boleh tengok semua entry yang pernah aku buat suatu ketika dahulu. Disitu, aku boleh rasa satu perasaan dimana aku sangat rindu dengan semua benda yang telah aku lalui, tak kira baik atau buruk. Itulah yang menjadikan diri aku yang sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...