Skip to main content

Style Rambut Aku

Siapa sangka, aku dulu pernah mempunyai rambut yang sangat panjang yang boleh kata mencecah lebih dari paras lutut aku sendiri. Tapi masa tu aku rasa rambut aku yang terlampau panjang buat aku nampak tak menarik jadi aku ikut nasihat kakak senior aku dulu, Kak Dida untuk potong rambut sehingga paras pinggang sahaja. Aku juga pernah berambut pendek macam rambut abang askar yang tengah training, sebab kalau mak aku yang gunting rambut, memang nampak buruk sangat sampai aku menangis malu keluar rumah. Masa tu aku baru berumur 9 tahun, sejak lepas potong rambut pendek terus inang rambut sampai terlebih panjang. Rasa phobia berambut pendek sebenarnya susah nak hilang, bayangkan masa beli baju sekolah banyak yang sangka aku ni budak lelaki.

Style rambut aku masa zaman awal diploma

Tapi, kisah berambut pendek tidak habis disitu, aku pernah suruh stylist rambut buat rambut aku ikut trend semasa, end up pula berambut pendek macam style lelaki K-POP zaman 2010 siap ada emo sikit-sikit gitu. Itu lagilah buat orang ingat aku budak cina yang nak masuk interview jadi artis. LOL. Tapi, itu dulu. Zaman masih kurus. Lepas habis belajar, aku cuba pula Bob style, sebab nampak orang lain macam comel jer tapi bila kena dengan diri sendiri terus hilang comel. Masa tu memang berharap sangat rambut panjang balik. Aku ni kalau lagi rambut pendek macam budak perempuan yang masih kecil memang tak berapa cun sebab aku memiliki muka yang bulat dan badan yang besar dengan tinggi hampir 160 cm. So, better avoid rambut style helmet ni.

Style rambut macam ni kekal sampailah aku ke universiti, tapi panjang rambut sentiasa berubah-ubah

Satu benda jer style rambut yang dapat kekal lama dengan aku dulu, iaitu mempunyai bangs, tak kisahlah rambut panjang mana janji ada bangs. Aku akan jadi tak confident kalau tak ada bangs. Bagi aku, muka aku nampak lebih tua tanpa rambut pendek di depan, dengan dahi yang luas macam landasan kapal terbang. Biasanya bangs ni, aku gunting sendiri sebab malas nak pergi salon. Aku cuma ke salon bila nak buat treatment, warnakan rambut atau rebonding. Sejak Covid 19 ni melanda Sarawak, dah agak lama aku tak rebonding rambut dan rambut yang panjang memang susah nak nampak kemas sebenarnya selagi tak straighten-kan dia. Satu lagi, buat pertama kalinya aku berjaya simpan rambut depan panjang sampai sekarang.

Style rambut sekarang, lebih kepada feminine kononnya

Actually pada pandangan aku, ianya taklah buruk sangat cuma kalau aku diet sikit muka aku ni nampak kurus, baru nampak ngam sikit kot. Yer, aku cuba meyakinkan diri aku yang aku boleh nampak cantik tanpa bangs. Haha. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...