Skip to main content

Hidup Bukan Seperti "Fairy Tales"

Suatu masa dulu, pernah viral pasal perempuan cantik (gold digger) dapat RM1.3 juta dari lelaki kaya a.k.a sugar daddy dan juga seorang perempuan malang kena prank RM20k oleh boyfriend dia (sekarang sudah jadi ex-boyfriend) konon untuk test kesetiaan perempuan tu. Aku pun tak dapat nak komen lebih, hidup orangkan. Aku cuma mampu harapkan semuanya baik-baik saja. Jangan buat hal dan jangan gaduh-gaduh, kita semua dah besar panjang dan mampu berfikir baik dan buruk.

Memanglah lucu, macamanalah nak sibuk dengan hal orang lain, aku sendiri pun bingung nak uruskan hal diri sendiri dengan hidup yang tak berapa teratur. Sebab tu aku memang tak ada masa nak menilai hidup orang lain, hanya sekadar tahu cerita-cerita di Facebook yang entah betul atau tidak, kadang-kadang adalah juga "berporet" sedikit dengan officemate hanya sekadar memenuhi syarat untuk bersosial dengan orang lain manakala yang selebihnya aku kembali seperti diri aku bila seorang-seorang. Mungkin sebab tu aku ni agak membosankan bagi sesetengah orang. Aku bukan jenis yang pandai bersosial, nanti cakap lebih-lebih takut kena anggap sebagai "penauk" bak kata orang Sarawak. Itulah salah satu keburukan aku, sentiasa cuba berfikir negatif dengan diri sendiri.

Tapi kalau memuji diri sendiri pula, takut ada yang menyampah dan kita pun jadi riak dan perasan. Rasanya itu lebih teruk kot. Aku akui, dengan usia yang semakin meningkat ni, tipulah kalau tak ada kemajuan selain dari maju saiz badan dan berat badan. Setakat ni, adalah juga kereta biasa-biasa pakai untuk pergi kerja dan juga rumah sebagai tempat berteduh. Tapi bukanlah juga 100% usaha dari diri sendiri, walaupun aku belum berkahwin, aku masih ada partner yang mampu support aku dan kitorang memang akan share everything untuk beli dan dapatkan sesuatu barang.

Bila nak kahwin?

Aku dan partner dah agak lama bersama dalam lebih 10 tahun macam tu, dan untuk bersama tu sangat susah bagi aku sebab banyak sangat halangan terutamanya bila melibatkkan duit dan agama yang melekat pada IC. Seperti sedia maklum, kami bukanlah dari keluarga yang kaya-raya lebih-lebih lagi aku manakala partner aku terpaksa berusaha sendiri untuk dapatkan duit since dia pun tak mahu bergantung dengan family dia atas sebab-sebab tertentu. Sekarang ni walaupun dah rasa senang sedikit, masalah tetap akan sentiasa datang menimpa kami dan mahu tak mahu terpaksa juga mencari jalan untuk menyelesaikannya. 

Tempat yang paling senang untuk aku menenung hal-hal kehidupan

Kadang-kadang rasa cemburu tengok orang lain tak perlu usaha setengah mati kalau nak beli barang, nak itu dan ini, kadang-kadang parent sentiasa ada untuk membantu, kerja pun kerja yang stabil, ada yang gunakan kecantikkan untuk bekerja sebagai contoh jadi famous di social media, dapat kerja swasta pun kerja besar-besar belaka, ada kawan-kawan yang ramai, family yang supportive tak kira apa pilihan anak-anak mereka, ada yang kahwin mewah, gambar photoshoot pun cantik-cantik bak bidadari. Ada yang dah ada anak-anak yang comel. At the end, tiba-tiba aku tak rasa cemburu pula sebab suka tengok wajah-wajah mereka yang bahagia especially kawan-kawan aku dimana sahaja mereka berada.

Aku faham hidup kita semua tidak sama. Mungkin aku memang sudah nasib dilahirkan dalam kehidupan yang macam ni, broken family tanpa cerai, hidup susah tanpa mengemis, ada degree tapi taklah sepandai mana, ada kerja pun cukup makan, dan sebagainya. Lol, apa yang aku merepek ni. Hari tu ada tengok video OKU tengah heret badan dia yang kotor dekat tanah sambil tarik papan yang dipasang roda diatasnya ada tin-tin dan botol-botol plastik. Aku benci diri aku, terutamanya bila aku tak mampu buat apa-apa untuk mendatangkan kebaikkan pada orang lain. Kalau ada pun aku nak tolong, sesetengah mereka ni pula ambil kesempatan keatas aku bagaikan orang bodoh.

Dunia dunia...

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...