Skip to main content

Pengalaman Pindah Rumah Baru

Aku start pindah tahun lepas. Tahun dimana aku berjaya juga akhirnya keluar dari tempat yang bukan milik aku, semua orang pasti akan merasa perit dan manisnya bila terpaksa menumpang di rumah orang lain. Begitu juga dengan aku. Walaupun rumah baru ini adalah rumah biasa-biasa jer, aku bersyukur sangat-sangat dalam usia begini sudah dapat tempat tinggal sendiri dan sudah tentu dengan kerjasama partner aku. Tanpa dia, kami tak mungkin dapat menjejak kaki sampai ke sini.

Terpaksa blurkan dengan teruk atas sebab tertentu

Tempat terletaknya rumah baru ni adalah di bawah Majlis Pembandaran Kota Samarahan dan paling uniknya sangat dekat dengan bandar Kuching. Biasanya orang kata Kuching ke Samarahan memakan masa 1 jam tapi tempat kami ni kira macam sebelah-sebelah jer. Sepatutnya kami dah dapat rumah ni dua tahun yang lepas tapi terpaksa tangguh setahun sebab MCO/PKP. Time tu Covid 19 melanda Malaysia dengan mengejut dan agak teruk. Nasib baik juga proses pembelian rumah masih dapat berjalan dengan lancar walaupun agak lambat sebenarnya.

First time bila dapat masuk ke rumah ni, terkejut juga aku sebab area rumah ni tak ada rangkaian UNIFI dan STREAMYX sedangkan kawasan sini agak besar dan kaya dengan pelbagai jenis perumahan. Selama beberapa bulan sampai sekarang aku agak terseksa nak dapatkan line data sebab kelajuannya tidak stabil seperti UNIFI yang aku guna sebelum ni. Bulan lepas pihak UNIFI ada buat promosi dekat sini dan diorang maklumkan yang UNIFI akan dipasang di kawasan ni oh cepatlah aku dah tak tahan tanpa UNIFI. HEHEHEHE.

Tapi so far, kehidupan aku di rumah baru ni bertambah baik dari yang sebelum ni. Kalau dulu privasi besar bilik sahaja, nak alih barang pun kena persoalkan sebab rumah oranglah katakan, sekarang satu rumah ni aku rasa tak kekok pun, nak berjalan, nak merangkak, nak pakai apa, nak ubah rumah macamana, nak letak perabot apa, semua tu sekarang aku yang decide. Masa sebelum pindah ke rumah ni, aku ingatkan tak mampu nak beli perabot dan kelengkapan rumah sebab sibuk dengan komitmen lain tapi tak sangka pula rezeki mencurah-curah datang time tu. Sekarang rumah ni cuma tinggal nak deko saja, yang lain semua dah ada. Adik aku pun ada menumpang sekejap dekat sini sebab tak dapat balik ke Sibu. Al-maklumlah sekarang masih kecoh dengan Kluster Pasai (Kluster dimana seorang perempuan Iban datang dari Johor yang tidak kuarantinkan diri dia dekat bilik/rumah sebab dia terlampau yakin dari swab test pertama dia negative dan bila dia swab untuk kali kedua, tiba-tiba positive tapi dah terlambat sebab dah teruk menjangkiti beribu/berpuluh ribu penduduk Sibu dan daerah-daerah lain).

Okay, sebelum aku merapu ke topik lain, aku just nak bagitahu siapa-siapa yang nak beli rumah, bolehlah menyimpan sikit-sikit dari sekarang, dapatkan agen yang baik dan sentiasa komitmen nak bantu tak kira masa, KWSP jangan dikeluarkan sebarangan ya selagi keadaan masih mampu, terutamanya akaun dua takut nanti kena bayar apa-apa yang penting. Beli rumah dan alat kelengkapan rumah ikut kemampuan, bukan beli untuk menunjuk-nunjuk ya. Aku beli barang rumah hampir semua ikut harga paling murah, kualiti tu kadang-kadang aku tolak tepi dulu. Incase kalau masih mampu, bolehlah beli yang berkualiti sikit.

Dalam keadaan ekonomi kita sekarang, saving sangat penting. Kadang-kadang kasihan tengok yang terpaksa keluar dari rumah sebab tak mampu bayar sewa, ada yang kerja kena potong gaji, kena buang kerja, makanan kena catu, ada yang sampai kebuluran. Aku kasihan juga kerajaan sediakan macam-macam bantuan untuk kita, walaupun masih ada yang tak puas hati, membenci, aku faham kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang. Aku juga harap Covid 19 ni segeralah hilang dari dunia ni.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...