Skip to main content

Tekanan di Tempat Kerja

Sempena cuti panjang ni tadi aku ambil kesempatan untuk menulis blog. Kalau sekarang orang lain dah pandai buat Vlog sebab ikut trend kan, aku masih lagi berada di takuk lama sebab kurang keyakinan diri nak menghadap kamera apatah lagi nak tengok muka sendiri depan cermin. Memang boleh dilihat yang aku ni dah sangat jarang nak muncul di sosial media, update status pun boleh dikira dengan jari dalam setahun. Semuanya sebab kesibukkan bekerja. Al-maklumlah kalau kerja di sektor private ni, hari Sabtu pun kena kerja. Masa rest tak dikira dalam masa kerja, apatah lagi dengan kerja yang menggunung walaupun diberi annual leave yang banyak.

Aku jenis yang sangat komitmen dengan kerja sebenarnya, sampaikan masa nak tidur pun boleh plan nak buat kerja apa untuk esok. Kalau kena dengan nasib, boleh sambung dalam mimpi pasal kerja pun ada. Kadang-kadang aku sampai dah tak kisah kalau dah terbuat kerja orang lain hanya sebab tak nak sampai part kerja aku jadi stuck. Biasanya kalau kerja dalam bidang akaun ni, kerja memang perlu ber-connect dengan orang lain. Kalau dapat rakan sekerja yang okay, hasil kerja pun terbaik begitu juga dengan sebaliknya.

Masa mula-mula aku menceburi dalam bidang kerja ni, tahap stress aku taklah tinggi mana. Since time tu rumah tumpangan aku tak jauh dari tempat kerja, so jimat sikit minyak kereta. Kerja masa tu pun tak begitu banyak dan kadang-kadang ikut musim dan mood orang sekeliling. So far, aku memang selesa dengan environment sebegitu. Itu dulu, sekarang dah berubah. Stress pun memang stress, kadang-kadang boleh sampai migrane sebab terpaksa dealing dengan pelbagai jenis ragam orang ramai. Kalau kerja yang diberi banyak nak mati pun aku masih boleh terima, tapi kalau dealing dengan attitude orang lain, aku kalah sebab aku bukan jenis yang sukakan argument.

Ditambah pula dengan rumah aku sekarang dah jauh, agak-agak dalam satu jam + satu jam perjalanan pergi dan balik. Asal balik rumah memang penat macam lepas orang pergi marathon 10 km bak kata. Kadang-kadang pukul 8 malam tengah scrolling Facebook Home Wall, handphone boleh terlepas dari tangan menimpa muka sebab mengantuk sangat padahal waktu tu baru nak malam.


Aku akui, tekanan perasaan dan stress berfikir memang tak boleh lari walau dimana kita bekerja atau dengan siapa kita berurusan. So, aku sekarang hanya mampu bekerja senyap-senyap, dan sibuk dengan hal sendiri. Hal gaji aku memang tak nak sentuh sebab bagi aku, kalau tak tahan, boleh jer blah dan cari kerja lain yang sesuai. Setakat ni semua perabot di rumah, telefon pintar, emas, aku mampu beli, masih dapat buat saving, dan enjoy sikit-sikit seperti orang kebanyakkan. Kalau aku ada rezeki lebih, tak salah juga mencuba benda baru. Tak lupa juga aku bersyukur sangat ada partner yang support aku dan adik aku, walaupun aku jenis yang suka berleter dan bagi idea bodoh-bodoh dekat dia. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...