Setelah lebih 10 tahun aku meninggalkan dunia melukis manga ni, tiba-tiba rasa tertarik kembali perasaan nak melukis, mungkin disebabkan fenomena Covid-19 yang masih hangat seperti tayangan gadis menari di Tik Tok yang menyebabkan kita lebih banyak meluangkan masa dirumah berbanding di luar. Beberapa bulan yang lalu, aku pernah dikuarantinkan di rumah kerana kontak rapat rakan sekerja positif Covid-19 dan aku rasa lega jugalah sebab sehingga sekarang, aku, partner aku, serta keluarga aku masih terhindar dari dijangkiti virus tersebut. Terima kasih juga kepada pencipta vaksin Covid-19 ni, kalau nak diikutkan aku sepatutnya dah boleh dijangkiti sebab rakan sekerja aku yang positif tu cuma duduk sebelah saja dengan aku, siap boleh makan sama-sama bersebelahan meja ke meja. Masa tu pun, rakan sekerja sudah menunjukkan simptom seperti batuk, sakit tekak dan demam yang teruk. Sebelum aku dikuarantinkan selama 15 hari, aku ada order iPad disebabkan aku terasa sangat nak melukis mengg...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan