Skip to main content

Hobi Lama Kembali

Setelah lebih 10 tahun aku meninggalkan dunia melukis manga ni, tiba-tiba rasa tertarik kembali perasaan nak melukis, mungkin disebabkan fenomena Covid-19 yang masih hangat seperti tayangan gadis menari di Tik Tok yang menyebabkan kita lebih banyak meluangkan masa dirumah berbanding di luar. Beberapa bulan yang lalu, aku pernah dikuarantinkan di rumah kerana kontak rapat rakan sekerja positif Covid-19 dan aku rasa lega jugalah sebab sehingga sekarang, aku, partner aku, serta keluarga aku masih terhindar dari dijangkiti virus tersebut. Terima kasih juga kepada pencipta vaksin Covid-19 ni, kalau nak diikutkan aku sepatutnya dah boleh dijangkiti sebab rakan sekerja aku yang positif tu cuma duduk sebelah saja dengan aku, siap boleh makan sama-sama bersebelahan meja ke meja. Masa tu pun, rakan sekerja sudah menunjukkan simptom seperti batuk, sakit tekak dan demam yang teruk.

Sebelum aku dikuarantinkan selama 15 hari, aku ada order iPad disebabkan aku terasa sangat nak melukis menggunakan Apple Pencil. Malangnya, masa nak dekat-dekat aku habis cuti kuarantin, barulah iPad aku sampai dan start dari hari itulah aku kembali sibuk bekerja dan balik pun bila matahari dah terbenam. Masa yang aku ada untuk melukis cuma hari Ahad sahaja memandangkan hari Sabtu aku pun masih bekerja. Masa waktu malam aku selalu luangkan dengan menonton anime dari Neflix. Bayangkan aku betul-betul rindukan masa yang terluang macam zaman-zaman aku belajar di universiti dulu tapi apakan daya, aku juga perlu bekerja untuk duit sampaikan aku berfikir mungkin inilah masanya aku kena cari kerja lain yang dapat beri pekerja mereka cuti rehat pada hari Sabtu dan Ahad. 


Perasaan melukis pakai iPad ni seronok sebenarnya, lebih-lebih lagi bila lukis guna Procreate app. Walaupun berbayar, aku rasa berbaloi sangat sebab banyak fungsi yang kita boleh guna untuk lukisan kita termasuk buat animation walaupun jumlah layer yang diberi masih terhad. Aku harap update yang baru akan datang, mereka akan upgrade app mereka kepada yang lebih baik lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...