Skip to main content

Selamat Datang Bulan Kelahiran

Bulan ni bulan yang birthday bagi aku, walaupun ianya tidaklah seistimewa macam orang lain. Terlalu banyak berlaku sepanjang masa ni walaupun masih diawal tahun, aku cuma catat di dalam diary elektronik aku saja, blog ni aku update sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Video pula hampir tak ada masa nak sunting sebab sepanjang bulan dua aku memang busy dan penat bekerja. Al-maklumlah, kalau kerja company kena kerah sampai hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad kena beli barang keperluan dan rehat sekejap sebelum kerja bermatian keesokkan harinya. So, Youtube Channel aku kena bertabahlah sebab aku sangat kekurangan masa.

Aku ni pun bukannya semua orang suka. Ada yang pura-pura suka, ada yang hanya suka bila aku beri manfaat kepada mereka, namun banyak yang benci dalam diam, tak kurang juga yang hanya memandang aku sebagai pesaing mereka. Entahlah dunia ni. Betul kata Kak Mal, lebih bagus kita kecilkan circle sosial kita sahaja daripada menderita. Sekarang ni pun aku lebih mementingkan privasi hidup aku. Jarang upload di sosial media, kalau adapun, di platform yang orang jarang online dan kenal aku. 


Dari dulu, bila melalui fasa birthday month ni jarang ada yang menggembirakan aku sebenarnya tapi entah macamana boleh jadi tabah sangat. Tapi, semua tu tak penting mana pun, esok-esok boleh juga ketawa sama kawan-kawan dan lagi-lagi bila dengan partner aku, bagi fikiran aku kena pentingkan orang lain dari diri sendiri. Nasib baik hidup aku sekarang ni cuma berdua saja dengan partner dan beberapa pet yang gemuk dan minta puji, tak ingin nak menambah sebab belum yakin dengan hidup di dunia ni sekarang.  

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...