Skip to main content

Tahun Baru buat Vlog

Ini adalah entri pertama dalam tahun 2022. Meskipun aku sekarang dah tak berapa ada masa nak menaip blog, aku cuba mencari sisa-sisa masa terluang sebelum cuti perayaan CNY ni berakhir. Start kerja ni nanti masa aku banyak terbuang di office menguruskan hal-hal akaun syarikat tempat aku bekerja. Tahun ni juga merupakan tahun yang agak baru untuk aku mulakan hidup bersama dengan partner aku. Walaupun majoritinya tiadalah banyak yang berbeza sangat disebabkan kami masing-masing bekerja tidak sama masa, dimana aku ni kerja office hour dan partner aku kerja shift. Masa untuk kami berjumpa pun terhad seperti sebelum ni.

Tahun ni juga aku mempunyai cita-cita untuk jangka panjang iaitu untuk menjadi seorang yang berbakat dalam bidang seni dan ingin asah lagi bakat tu sampai jadi professional. Baru-baru ni juga aku ada buat video dekat Youtube pasal life aku sebagai Sarawakian. Aku pernah terfikir orang zaman now ni dah tak berapa minat nak baca blog dan mereka biasanya lebih fokus menonton video dari Youtube, Facebook dan TikTok. Aku cuba jadikan Vlog sebagai trend baru aku walaupun fizikal aku yang dulu sangat jauh beza dari sekarang dan equipment aku masih jauh ketinggalan ke belakang. Buat masa ni, aku cuma pakai apa yang ada dahulu.

Hari ni kami meluangkan masa ke Telaga Air Kuching lepas makan seafood

Aku rasa terinspirasi sebab tengok Youtuber JJ dan tempat tinggal dia sangat cantik dan dikelilingi oleh orang yang baik dengan dia. Aku tak lah nak jadi macam dia sebiji sebulat cuma, aku mahukan yang terbaik dalam hidup aku.

 

Don't bother, partner memang suka buat macam tu


Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...