Skip to main content

Pengalaman Jadi Pesakit Covid 19

Pejam celik dah bulan April dah sekarang, syukur negara kita sudah beralih ke fasa endemik. Mana-mana yang nak balik ke kampung halaman bolehlah balik dengan hati yang senang. Since sudah vaksin ni, kalau kena Covid 19 pun dah tak rasa apa dah sekarang. Aku pernah dengar ada seorang bekas pesakit Covid 19 dalam masa beberapa hari dah boleh sembuh yang penting dapatkan rehat yang cukup, makan ubat bila perlu dan jalani kuarantin diri untuk keselamatan orang lain.

Aku juga tidak terkecuali berpeluang untuk merasa pengalaman jadi pesakit Covid 19 ni, walaupun ianya bukanlah sesuatu fenomena yang luar biasa lagi sekarang. Biasalah jangkitan di tempat kerja memang sangat common selain dari family gathering ni even aku dah berusaha jaga diri sebaik yang boleh di pejabat. Sebenarnya kejadian yang menimpa aku ni boleh dielak lagi kalau nak diingatkan balik tapi itulah, kita dah jaga diri baik-baik tapi orang lain tak jaga diri mereka dan orang sekitar mereka. Aku pun tak boleh nak buat apa juga. Seeloknya, sekira kita dah tahu diri kita mempunyai gejala segeralah jalani ujian kendiri dengan testkit yang boleh didapati dengan harga serendah RM5 di farmasi atau mana-mana drug store berdekatan.

Janganlah biarkan diri tu dah demam, batuk-batuk teruk paksa diri lagi datang kerja dan jangkitkan kepada orang lain. Bukanlah aku ni tak pandai jaga SOP, kami di pejabat ni 8-9 jam kerja memang diwajibkan pakai mask saja. Bila dah seorang bergejala masih berdegil untuk datang kerja tanpa buat ujian kendiri Covid 19, lepas tu stay office dengan batuk yang teruk sampailah bos datang tegur suruh buat ujian kendiri, lepas dah disahkan double line seeloknya baliklah ke rumah terus dan bukannya terus stay di pejabat berjam-jam sampai bawa roommate yang memang sah-sah positive Covid 19 ke pejabat untuk cek result Covid 19 tu. Akibatnya, aku dan seorang lain rakan sekerja terkena tempias sekali. 

Kejadian seawal jam 5 pagi, masa tu memang dah tak terkejut dah sebab aku dah dapat agak

Susah kalau nak bertegur macam ni sebenarnya sebab masing-masing dah besarkan, common sense tu dah ada. Bila benda macam ni berlaku, tu disebabkan kita lebih mementingkan diri sendiri dari orang lain. Bayangkan, yang seorang tu confirm positive double line pada hari selasa, hari khamis aku balik rumah terus kena demam menggigil. Keesokkan hari pagi aku terus bagitahu bos yang aku tak nak datang kerja sebab demam dan bergejala even aku dah buat ujian kendiri Covid 19 dan result masih negative. Aku disahkan positive pada hari sabtu pagi dan terus update dekat Mysejahtera dan kuarantinkan diri seperti yang sepatutnya.

Aku faham ramai staff kami jadi macam ni sebab diorang takut gaji tak dibayar dan claim PERKESO tu tak berbaloi sebab PERKESO bayar lebih rendah dari yang sepatutnya yang kita dapat setiap bulan. Dalam hal ni, kita kena pilih nak pentingkan siapa. Kalau pentingkan diri sendiri, orang lain juga akan menerima akibat dari perbuatan kita.

Nasib baik aku dan partner belum ada anak, aku pun belum pregnant, rumah pun tak ada budak-budak cuma risau dengan kucing kesayangan jer. Nasib baik juga, orang tua kami duduk jauh dari kami, vaksin pun dah lengkap sampai 3 dos so kesan Covid 19 dekat aku sangat ringan, sebab tak ada sakit tekak, deria rasa masih okay, batuk pun sangat kurang dan cuma berlaku kadang-kadang, demam sehari dua jer, flu pun tak teruk tak sampai meleleh hingus macam budak-budak dan masih boleh melukis dekat rumah dengan senang hati. So far, sakit Covid 19 ni aku rasa lebih ringan dari demam biasa yang aku selalu kena sebelum ni dan aku harap cepat-cepatlah tragedi ni berakhir. Aku tak kisah kena kuarantin pun sebenarnya, cuma tak puas hati terkena sakit ni disebabkan orang lain yang pentingkan diri sendiri.

Bak kata mereka di TikTok yang tengah trending sekarang, nak marah tapi kena sabar...

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...