Skip to main content

Diri ini Tidak Penting Dalam Hidup Kawan

Beberapa hari yang lalu, aku dan partner aku keluar berjalan-jalan roadtrip guna kereta. Aku sebenarnya jenis yang suka bercakap, kalau dalam kereta jarang mulut ni nak duduk diam. Masa tu aku ceritalah perihal apa yang aku dan kawan-kawan aku buat suatu ketika dahulu dan partner aku tukang dengar jer lah, aku ceritalah pasal aku dulu selalu jadi kawan belakang tabir. Kalau bab roadtrip, kalau ada orang penting, aku tak diiktiraf jadi co-pilot gitu (dengan nada bergurau). Dalam cerita-cerita tu, tiba-tiba partner aku cakap yang aku ni tak penting bagi kawan aku. Mula-mula dengar dia cakap macam tu aku serius tersentap. Partner aku ni nak jadi toksik ker cakap macam tu? Tapi bila fikir balik, betullah apa yang dia bagitahu.

Aku pun tak nampak partner aku marah atau cuba menghasut aku. Dia cuma bagitahu macam tu jer lepas tu diam. Dalam masa tu lah aku sempat berfikir panjang dan akhirnya aku pun setuju. Selama berpuluh-puluh tahun aku hidup, aku akui aku bukan orang yang penting dalam hidup kawan-kawan aku, meskipun kawan yang paling rapat sekalipun. Aku tak pernah juga salahkan kawan-kawan disebabkan hal yang macam ni, aku pun tak pernah salahkan partner aku hanya disebabkan dia terlalu terus-terang.

Bagi aku memang standard-lah tu sebab sebelum ni salah seorang kawan aku pun pernah bagitahu "at the end, family juga yang penting" walaupun aku sebenarnya berpendapat berbeza dengan apa yang dia fikir. Aku terima kenyataan, aku bukanlah siapa-siapa walaupun kadang-kadang aku berangan-angan nak banyak kawan, nak keluar dengan mereka bersama-sama, makan sama-sama, lepak sama-sama dan layan mereka macam ahli keluarga sendiri dan disebabkan itu, aku juga benci diri sendiri sebab letak harapan tinggi sangat, menharapkan sesuatu yang dipanggil "give and take". Tapi TIDAK. Istilah itu tidak wujud dalam dunia realiti kecuali jika kita dibebani dengan rasa bersalah.

Beberapa tahun yang lalu juga partner aku pun pernah bagitahu yang aku ni terlalu sayangkan kawan-kawan aku sampai tak sayang diri sendiri. Aku tak tahulah nak komen apa, tapi sebenarnya aku pun ada juga salah dan silap, ada juga masanya aku terpaksa sayangkan diri sendiri dari kawan-kawan. Ada masanya aku lebihkan partner aku dari kawan-kawan.

Memang benar sebelum ni aku pernah berhujan lari ke kedai reload untuk reload handphone semata-mata kawan aku mesej cakap dia nak mati dan cun juga masa tu aku habis kredit. At the end, dia cakap nak mati tu sebenarnya dia nervous dengan birthday party dia malam tu. 

Sumber dari Google

Memang benar masa zaman sekolah dulu, aku sanggup temankan kawan aku balik dari tuisyen ke tempat basikal dia sebab dia takut dan nak lari dari peminat-peminat dia dan akhirnya, aku pula kena halau oleh dia depan-depan orang ramai tak tahulah mungkin sebab dia malu jalan dengan aku kot (masa tu aku kolot dan huduh yang amat, sekarang pun boleh tahan juga huduh termasuk badan ni dah membesar macam gajah).

Memang benar masa belajar dulu kalau naik kereta sama-sama, "GPS" aku paling tidak kedengaran selagi ada kawan-kawan lain yang lebih penting. Salah aku juga, mulut tidak pandai diam kan. Mana tahu kalau orang sudah annoying, bila ingat balik ish kenapa bah aku ni dulu macam tu.

Memang benar pendapat aku paling banyak disangkal, sebab aku jenis suka bercakap. Konon mahu jadi ilmuwan, tapi buat orang annoying pula.

Memang benar ada sesetengah kawan tidak berminat pun mahu dengar kisah hidup aku lebih-lebih lagi cerita yang panjang. Ada masanya kawan juga okay jadi pendengar lebih-lebih lagi kalau berdua saja tapi kalau duduk ramai-ramai tu aku elakkan untuk jadi menonjol sebab memang tak kan menonjol pun dan tak akan ada orang iktiraf pun ketonjolan kita. LOL. . Tapi inilah yang paling aku selalu ingatkan diri sendiri jangan buat orang bosan dengan cerita kita.

Memang benar kadang-kadang rasa diri ni dianggap kawan, tapi sebenarnya bukan. Lebih-lebih lagi bila kawan bersama dengan bestfriend mereka dan kehadiran aku pun jadi lalang yang tumbuh dikeliling bunga saja. Ada jugalah rasa kekok, tapi aku belajar sikit-sikit jadikan pengalaman untuk masa akan datang supaya ia tidak berulang lagi.

Tapi janganlah salah sangka dengan kenyataan di atas. Aku tak pernah nak salahkan kawan-kawan, kalau ada perkara buruk pun aku salahkan diri sendiri sebab letak harapan pada benda yang tidak pasti. Aku bersyukur at least ada juga kawan dari tak ada dan tak apalah kalau aku bukan salah seorang dari priority mereka. Aku pun tak mahu membebankan mereka dengan memikirkan hal aku saja. Walaupun bukan secara mendadak, aku cuba tukar mindset aku yang berkawan ni hanya untuk keseronokkan dan meluangkan masa lapang dan jadikan perkara ini bukan terlalu personal. Mungkin aku masih perlu praktikkan diri untuk duduk diam lebih banyak, dan jangan terlalu menonjol sangat. Masih ada banyak saluran yang boleh kita gunakan untuk menceritakan kisah kita sendiri dari berkongsi secara peribadi.


Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...