Aku memang suka bekerja. Malahan lepas balik dari kerja pun, aku akan buat kerja lain macam melukis dan edit video kalau aku tak luangkan masa menonton TV. Aku pun suka layan anime , tapi tak bermakna nak kena layan tiap-tiap hari. Ada masanya aku akan buat kerja-kerja yang aku rasa berfaedah untuk tingkatkan kualiti hidup aku ni. Sebenarnya, partner aku dah pernah cakap dengan aku untuk berhenti kerja aku yang sekarang ni (dalam bidang perakaunan di sebuah syarikat local di Kuching) sebab dia rasa aku cuma buang masa dengan gaji yang tak seberapa dan dia cakap dia mampu sara dan beri wang saku setiap bulan untuk aku. Cuma, itulah aku ni belum bersedia lagi untuk lepaskan kerja aku yang sekarang bukan sebab aku selesa dengan kerja tu, tapi aku perlu hidup bersosial dan kumpul sendiri pocket money macam wanita lain yang berkerjaya. Sumber dari Google Image Sememangnya tak ada kerja yang tak stress , cuma yang bezanya penyebab stress tu. Tempat kerja aku personally aku rasa okey j...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan