Skip to main content

Budaya Kerja Negatif

Aku memang suka bekerja. Malahan lepas balik dari kerja pun, aku akan buat kerja lain macam melukis dan edit video kalau aku tak luangkan masa menonton TV. Aku pun suka layan anime, tapi tak bermakna nak kena layan tiap-tiap hari. Ada masanya aku akan buat kerja-kerja yang aku rasa berfaedah untuk tingkatkan kualiti hidup aku ni. Sebenarnya, partner aku dah pernah cakap dengan aku untuk berhenti kerja aku yang sekarang ni (dalam bidang perakaunan di sebuah syarikat local di Kuching) sebab dia rasa aku cuma buang masa dengan gaji yang tak seberapa dan dia cakap dia mampu sara dan beri wang saku setiap bulan untuk aku. Cuma, itulah aku ni belum bersedia lagi untuk lepaskan kerja aku yang sekarang bukan sebab aku selesa dengan kerja tu, tapi aku perlu hidup bersosial dan kumpul sendiri pocket money macam wanita lain yang berkerjaya.

Sumber dari Google Image

Sememangnya tak ada kerja yang tak stress, cuma yang bezanya penyebab stress tu. Tempat kerja aku personally aku rasa okey jer, kerja pun seronok, oleh sebab aku jenis cepat buat kerja, aku dapat banyak juga masa free sampai orang sekeliling rasa aku macam tak banyak kerja. That's why aku prefer rotate tugasan dan pernah bagitahu dengan manager aku biar sama-sama merasa kerja orang lain. Most of the time, aku sangat respect manager aku sebab diorang memang sangat bertimbang rasa asalkan kita sanggup come clean dengan diorang.

Tapi, yang buatkan tempat kerja bak neraka adalah rakan sekerja yang berhati busuk dan jahat. Memang tak dinafikan setiap tempat kerja mesti ada rakan sekerja yang tak berkenan di hati kita. Masa mula-mula kerja dulu, aku sangat naif sampai ingat semua orang sekeliling aku baik dan jujur, tapi sebenarnya tidak. Tak semua mereka betul-betul baik, dan banyak yang cuba ambil kesempatan dalam kesempitan. Banyak juga yang bekerja sebab nak duit saja tapi kualiti kerja kelaut. Ada yang buat overtime, berpura-pura kerja banyak supaya boss fikir kerja staff lain tak banyak dan akhirnya sebahagian tugasan staff yang buat overtime akan diserahkan kepada staff lain yang tidak buat overtime kononnya mahu sama ratakan jumlah tugasan. Biasanya kalau kami sini akan gelar staff macam tu bekerja OT buta, maksudnya buat overtime tapi tak kerja atau pura-pura buat kerja atau sengaja melengahkan kerja supaya kerja nampak banyak.

Tempat kerja aku ni pun ada juga spesis macam tu, lagi-lagi kalau kerja overtime yang berbayar. Aku pun hairan sangat kenapa orang dengan kerja "macam tu" boleh kerja sampai malam sebab sebelum ni, pekerja lain yang pernah buat kerja yang sama boleh jer balik on time. That's why pentingnya rotate kerja, tak cuba maka tak tahu. Aku dah pernah buat beberapa kerja yang diorang pernah buat seriously tak pernah makan masa yang sangat lama sampai perlu kerja lebih masa. Lepas tu, dalam bulan ni tadi, adalah salah seorang officemate ni pandai-pandai nak suruh aku buat kerja dia, sudah tentu aku tak mahu. Kalau dia betul-betul tak suka buat tugasan tu, bincanglah dengan manager, aku bukannya orang suruhan dia pun pandai-pandai suruh orang buat kerja. LOL!

Kalau dulu, mungkin aku masih naif. Aku mudah terpedaya oleh golongan macam ni, mereka siap cakap kerja mereka terlalu banyak, menagih simpati, sampai aku pun turut tertipu dan sanggup tolong mereka buat kerja. Akhirnya, kerja mereka permanently jadi kerja aku sebab silap aku juga yang mudah nak tolong orang secara membuta tuli sampai orang lain cuba ambil kesempatan tanpa perikemanusiaan, siap boleh berlari-lari dalam office lagi aku dulu sebab nak siapkan kerja cepat. Kalau dapat disumpah orang macam tu biar accident sampai cacat ni memang dah lama dah aku buat, nak sangatkan jadi orang kurang upaya nak buat kerja. Lagikan manusia yang betul-betul OKU boleh buat kerja dengan baik, Tiber ada pula manusia yang sempurna akal dan tubuh tapi malasnya nak mati.

Aku harap ada pihaklah yang buka mata dan ambil tindakan dengan spesis macam tu. Kalau benda ni berleluasa dan menjadi budaya kerja di negara ni, tak mustahil orang yang betul-betul nak kerja ni akan tertekan dan ditindas dan kualiti kerja akan kurang, kalau pekerja tu bijak, mungkin dia akan lari awal dari toksik enviroment di syarikat tersebut. Besar impaknya kepada syarikat sebenarnya, cuma kita jer yang tak pernah nak ambil peduli.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...