Skip to main content

Manusia yang Pentingkan Diri Sendiri

Perkara yang tak seronok bila hidup bersama manusia yang ramai ni adalah bila berjumpa dengan mereka yang jahat atau sanggup buat apa saja untuk kepentingan sendiri. Tak kisahlah dari kecil sampai ke besar, aku tengok kalau dah pelik-pelik perangai tu memang akan bawa masalah kepada kita juga. Aku faham siapa kita untuk menilai baik buruk seseorang, bahkan orang yang rasa diri mereka kuat agama akan menganggap orang yang tidak kuat agama atau tidak seiman itu adalah orang yang tidak baik. Erti sebenar dalam istilah kejahatan yang aku maksudkan ini lebih kepada PENTINGKAN DIRI SENDIRI SEHINGGA MENINDAS ORANG LAIN. Selebihnya kelakuan mereka kepada yang lain, biarlah mangsa itu sendiri yang menilai.

Image dari Google

Dari pengalaman aku sendiri, keadaan paling banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri adalah di atas jalan raya. Jangan ingat Sarawak ni aman damai berbilang bangsa dan agama bersatu teguh. Tidak. Banyak yang salah, sikit saja yang betul. Banyak yang agresif bila di atas jalan raya, memotong barisan dan menjadi pembuli walaupun di Sarawak jarang nak main hon-hon kereta lain. Tapi percayalah, mereka sangat pentingkan diri sendiri bila jadi pemandu. Aku sendiri pernah kena bila berjumpa dengan pembuli jalan yang agresif, ada yang sampai kejar, ada yang sampai sanggup berhentikan kita di tengah jalan hanya sebab tak puas hati. Aku pernah cuba bawa permasalahan ini balai polis tapi siap di ugut sebab yang membuli mengaku mereka adalah polis dan kebal undang-undang. Zaman ni selagi tak viral, memang tipis harapan untuk dibela nasib kita yang tertindas tapi aku percaya roda itu bulat, ada masanya kita di atas, ada masa kita dibawah.

Aku juga ada pengalaman berjumpa dengan jenis orang yang macam ni dekat tempat kerja. Tak terbayang perit sebenarnya bekerja dengan orang yang sentiasa ambil kesempatan sebab aku ni bukan jenis yang suka tolak orang nak minta tolong. Ada rakan sekerja yang okay, nasib baik juga sebab senang at least ada tempat mengadu. Tapi kalau aku punya style, aku terus complain pergi manager. Senang cerita, sebab aku malas nak panjangkan masalah dan aku tak suka stress kerja aku bawa sampai ke rumah. Tapi itulah, ada rakan sekerja susah nak bagi kerjasama, ada yang suka menyusahkan orang lain, ada yang degil pun ada. Macam-macam.

Dekat luar pun ada juga jumpa jenis macam ni, totally strangers. Pernah sekali aku berbaris di Pizza Hut Metrocity nak order pizza. Bila turn aku nak order, tetiber makcik Chinese ni menyampuk dari belakang aku cakap dekat cashier dia nak order cepat since aku masih pilih pizza dalam menu mereka. Kiranya, dia nak potong barisan lah tu. Nasib baik cashier tu cakap suruh dia beratur jangan memandai nak potong barisan orang. Gila punya orang tua. Minta-mintalah anak-anak dia tak mewarisi perangai buruk dia, kalau tak bagus saja terhapus dari bumi ni nanti jadi pembuli golongan yang lemah pula.

Aku kalau jumpa spesis macam ni tak dapat nak bagi belas kasihan. Aku dulu cepat kasihan dengan orang, tapi kan bila dah bagi muka, mereka naik kepala. Sebab tu, jangan sesekali buat baik dengan mereka. Kalau mereka tindas kita, kalau boleh lawanlah balik. Nanti kalau diam saja, mereka akan anggap kelakuan mereka okay dan dapat diterima oleh segala lapisan masyarakat dan mereka akan terus buli orang lain juga.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...