Skip to main content

Tiada Majlis Kahwin Untukku

Dua hari yang lepas, aku ada hadiri majlis pertunangan sahabat sejak diploma sampailah sambung degree. Cuma bekerja jer yang tak sama. Setelah hampir beberapa tahun tidak bersua muka, akhirnya ketemu juga di Serian dalam keadaan yang bahagia dan sihat walafiat. Aku pun sama, sihat dan obesitinya tak tipu, nak ambil gambar pun susah nak posing sana-sini cari sudut yang nampak kurus. Beberapa tahun yang lepas pun ada juga hadir ke majlis perkahwinan sahabat lain. Tapi masa tu, entah kenapa masih rasa kebulur juga, maybe sebab satu meja full 10 orang dan hidangan agak sikit dari segi kuantiti, berbanding majlis dua hari yang lepas agak mengenyangkan dan kami semeja full cuma 8 orang sahaja.

Tapi, aku tak lah berani nak complain lebih-lebih sebab dua-dua majlis yang pernah aku hadiri ni ada kelebihannya yang tersendiri, seperti saiz yang besar, cantik dan tersusun dan berjalan lancar sehingga ke akhir majlis. Apapun, terima kasih sebab bagi makan secara percuma. Jika dibandingkan dengan aku ni, lagilah tak ada buat majlis apa semua. Makan-makan pun cuma berdua dengan pasangan saja.

Aku pernah terfikir nak buat majlis semua tu, tapi aku rasa macam tak laku jer sebab aku tak ramai kawan, mak dan ayah aku awal-awal dah bagitahu diorang tak nak terlibat dalam majlis sebab maklumlah family aku ni jenis introvert semua. Family sebelah lelaki pula tak ada masalah cuma itulah, hanya menampakkan aku ni jenis pathetic jer. lagipun aku nak jimat duit sebab ada banyak perkara yang aku perlu buat dengan masa yang terhad ni. Terus-terang aku bagitahu, nak buat majlis ni makan belanja yang besar. Siapa cakap nak jadi permaisuri cantik ni free-free jer? Semua nak keluar duit. Kalau macam aku ni, takut termuntah pula orang bila tengok sebab aku tak rasa aku ni cantik walaupun kena makeup tebal dengan keadaan tubuh aku sekarang yang makin buat aku sangat low self esteem.

Aku akui aku memang ada satu perasaan dimana ramai orang tak suka tengok aku, tak tahu siapa. Tapi aku memang ada perasaan tu dari dulu lagi. Sebab tu apa-apa update terbaru pasal hidup aku, aku tak paparkan semua di sosial media. 50 peratus aku rahsiakan, 40 peratus aku kongsikan di laman sosial yang tak banyak orang yang kenal aku dan selebihnya aku paparkan sama ada dengan caption atau langsung tiada apa-apa caption. Dulu masa remaja, suka sangat nak attention, sekarang ni tak ada dah perasaan tu. lagipun aku tulis blog dekat sini pun tak ada juga orang yang aku kenal akan baca. Ada juga rasa selesanya, ada juga rasa sunyi. Tapi terus-terang aku cakap, aku bukanlah manusia yang ramai kawan dan aku juga tak kenal mostly saudara-mara sendiri. 

Sumber dari Google Image

Itulah sebab sebenar aku tak tertarik nak buat majlis, sebab bagi aku seolah-olah aku sendiri yang memalukan diri sendiri. Biarlah bajet majlis ni disalurkan ke jalan lain yang lebih berfedah. Kalau terasa nak buat majlis kahwin pun, aku akan imagine decor simple tepi pantai style orang putih gitewwww. Imagine jer lah kan.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...