Skip to main content

Trauma Ditindas dan Dihina Oleh Orang Awam

Beberapa tahun yang lalu, pernah berlaku satu kejadian di Semenanjung, seorang lelaki kurang siuman menampar wanita di perhentian bas kerana tidak memakai tudung. Kemudian tahun-tahun sebelum ini juga kerap berlaku di Iran, wanita-wanita di sana berdepan dengan harassment yang teruk malah ada yang kena tindakan fizikal hanya kerana tidak memakai tudung dengan sempurna. Baru-baru ni viral di Tik Tok seorang lelaki tua dimarah suami kerana menegur isterinya tentang aurah/aurat sedangkan lelaki tua itu tidak kenal pun siapa pasangan suami isteri tersebut. Namun since negara yang kita tinggal ini agak taksub, lelaki tua yang melakukan harassment tersebut mendapat pujian manakala mangsa harassment pula dikutuk habis-habisan. Situasi ini aku boleh samakan dengan situasi yang pernah berlaku di suatu tempat, iaitu dimana seorang wanita dirogol, dan masyarakat setempat telah menyalahkan wanita tersebut kerana pemakaiannya, tidakpun kerana keluar malam atau keluar seorang berbanding menyalahkan penjenayah sebenar. Tapi kes-kes sebegini hanya berlaku jika undang-undang mereka bercampur aduk dengan budaya dan ideologi mereka yang menakutkan, jika dibandingkan dengan undang-undang sebaliknya.


Di negara ini, aku pernah bertanyakan kepada orang awam adakah kita boleh buat laporan polis sekirannya kita diperlakukan atau terkena harassment dari orang yang kita tidak kenal? Jawapan mereka ialah laporan polis kebanyakkannya akan di-ignore dan jadi sia-sia jika melibatkan hal-hal ideologi majoriti. Aku tidak terkejut. Aku sudah jangka kebebasan sebenar individu dalam menjalankan kehidupan normal mereka sudah lama tiada di negara ini, apatah lagi kebebasan bersuara bahkan suara yang menyalurkan pendapat peribadi yang tiada langsung unsur hinaan juga dipersoalkan.

Aku juga pernah kena harassment di sekolah dan juga kolej berkenaan tentang tudung dan juga ilmu agama. Ianya pengalaman sangat memeritkan dan sampai sekarang aku phobia bila terpaksa deal dan bertembung dengan golongan mereka ini hanya kerana ideologi yang mereka pegang. Aku akui aku ada juga berkawan dengan golongan mereka namun tidak pernah rapat. Ada dikalangan mereka sangat baik tapi kebaikkan itu aku rasa kurang yakin kerana bila-bila masa dengan mudah bila mereka menjadi aggresif. Tapi, pengalaman pahit sebegini banyak mengajar aku bagaimana hidup tanpa jadi seperti mereka, sedikit pun aku tidak mahu mempunyai ciri-ciri mereka pada aku kerana ianya amat menakutkan dan mendatangkan tekanan bagi aku.

Tapi harassment seperti perenggan pertama tadi tidak dapat dielak apatah lagi penjenayahnya dilindungi dan disokong oleh golongan majoriti. Bila ia berlaku setidaknya kita terpaksa ignore dan belajar untuk tidak jadi seperti mereka. Mungkin mereka merasa bangga dapat memalukan orang di tempat awam yang mereka sendiri tidak kenal, dan tidak tahu walau sepuluh peratus pun titik-titik perjalanan hidup mangsa yang mereka aniayai. Sebaiknya, benda jahat janganlah dilawan dengan jahat. Aku tidak percaya pada nasihat dari orang yang aku tidak kenal hanya kerana mereka "caring/mengambil berat" bak kata mereka. Ianya tidak masuk akal sama sekali bila seseorang datang kepada kita dengan tiba-tiba dan complain cara pemakaian kita hanya kerana ideologi dia menyuruh dia perlakukan orang lain sebegitu, sangat tidak masuk akal seolah-olah kita ini hidup untuk dipaksa mengikut apa yang orang lain mahu hanya sebab mereka takut masuk neraka.

Aku dengan jujurnya bagitahu aku tidak dapat terima ideologi sebegitu. Aku pernah sangat stress memikirkan hidup aku dikawal orang asing atau ideologi yang aku tidak mahu percaya sampaikan terasa nak bunuh diri saja. Bayangkan bila berdiri keseorangan dimana kaum majoriti menekan dan melakukan harassment kepada kita tanpa ada pihak yang melindungi dan juga kaum minoriti lain yang terpaksa butakan mata dan pekakkan telinga kerana takut diri terlibat dalam masalah. Apalah erti hidup sebegini?

Aku teringat ada beberapa negara yang melarang orang awam untuk bertudung di tempat awam atau di tempat-tempat tertentu. Perasaan tertindas itu sama seperti sebaliknya yang berlaku di tempat ini dan tempat-tempat lain yang berkaitan. Tiada siapa berhak menentukan cara pemakaian dan gaya hidup kita selagi tidak mencederakan orang lain secara fizikal. Suka atau tidak, ia adalah masalah individu dan tidak perlu dikaitkan dengan orang lain. Kita juga tidak pasti apa yang orang lain percaya sungguhpun pegangan mereka "dikatakan" sama dengan kita. Kita mana tahu kalau sebenarnya mereka terpaksa berpura-pura untuk keselamatan diri dan keluarga mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...