Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Penat Lelah Bekerja

Pejam celik dah lebih lapan tahun aku bekerja sekarang selepas menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Aku dulu mengambil masa yang lama untuk habis belajar sebab terpaksa melalui diploma 3 tahun lebih dan tunggu untuk kemasukkan intake ijazah, lepas tu rehat sekejap dalam masa beberapa bulan dan kemudian barulah aku bekerja. Kalau nak tahu, tempat aku kerja ni lah tempat kerja pertama aku sampailah sekarang dengan pelbagai jawatan yang pernah aku pegang sepanjang masa di sini sebab belum ada rezeki nak dapat kerja baru. Aku juga tak minat kerja kerajaan atas sebab tertentu, juga pernah apply suatu ketika dahulu berkurun lamanya atas desakan orang dan keluarga yang masih berada di takuk pemikiran lama mereka, sampai sekarang tak ada hati nak update baru portal entah apa-apa. Cita-cita aku nak jadi freelancer dalam bidang videographer , digital painting dan non-digital art. So far , kerja swasta masih relevan untuk aku walaupun agak memenatkan dan agak stress. Aku sebena...