Skip to main content

Penat Lelah Bekerja

Pejam celik dah lebih lapan tahun aku bekerja sekarang selepas menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Aku dulu mengambil masa yang lama untuk habis belajar sebab terpaksa melalui diploma 3 tahun lebih dan tunggu untuk kemasukkan intake ijazah, lepas tu rehat sekejap dalam masa beberapa bulan dan kemudian barulah aku bekerja. Kalau nak tahu, tempat aku kerja ni lah tempat kerja pertama aku sampailah sekarang dengan pelbagai jawatan yang pernah aku pegang sepanjang masa di sini sebab belum ada rezeki nak dapat kerja baru.

Aku juga tak minat kerja kerajaan atas sebab tertentu, juga pernah apply suatu ketika dahulu berkurun lamanya atas desakan orang dan keluarga yang masih berada di takuk pemikiran lama mereka, sampai sekarang tak ada hati nak update baru portal entah apa-apa. Cita-cita aku nak jadi freelancer dalam bidang videographer, digital painting dan non-digital art. So far, kerja swasta masih relevan untuk aku walaupun agak memenatkan dan agak stress.

Aku sebenarnya ada hairan juga kenapa aku boleh bertahan lama kerja dekat sini even aku dah pindah rumah pun, masih ada hati nak bekerja sini. Bayangkan kena hadap kesesakan lalu lintas dan perjalanan yang memakan masa 3 jam untuk sehari, dengan kerja pula sampai hari Sabtu. Kerja di bandar sememangnya penuh cabaran, duit nak kata berkepok, kalau tak berbelanja mewah, ada juga simpanan. Tapi itulah, tak ada kehidupan sangat selepas waktu kerja. Aku sampai imagine nak beli tanah besar dekat kebun tak jauh dari bandar, buat rumah kecil sendiri, tanam banyak pokok dan bunga, tidak lupa masih mengharapkan ada internet, eletrik dan bekalan air. Alangkah seronoknya, kalau kerja duduk rumah sahaja yer.

Tempat kerja pun bukannya seronok sangat, nak hadap pelbagai ragam orang sekeliling lagi, nak cover kerja orang bercuti panjang lagi dengan pulangan faedah yang tak berfaedah langsung. Since aku ni jenis kerja laju nak mati, memang orang akan tengok aku macam kerja senang banyak masa free tapi sebenarnya performance kerja diorang banyak yang slow, sorry to say lah. Sebab dulu aku pernah request rotate kerja, dan bila diorang ambil alih kerja aku, diorang susah nak buat dengan cepat dan bila aku buat kerja diorang, aku boleh siapkan awal dari yang dijangkakan. Tapi, bukanlah aku bermaksud nak angkat bakul, cuma aku harap leader tidaklah membutakan mata mereka dalam menilai performance kerja orang bawahan mereka dan menganggap kerja aku terlampau senang.

Aku ada strict sikit bila bekerja, bila ada task aku betul-betul serius. Aku paling tak suka kerja delay hanya kerana ada orang lain sangat lambat buat kerja mereka dan kerja mereka ada connection dengan kerja aku. Aku juga tak suka orang yang mengambil kesempatan untuk bersenang-lenang dan jadikan aku kambing hitam dalam organisasi mereka ini. Tapi ada masanya, aku boleh bersantai dan buat muka happy. Kalau nak mengular tu tak adalah sangat sebab aku tahu banyak orang tengok akan jadi sensitif sedangkan kalau mereka bersenang-lenang tak ada juga aku nak iri hati. Tapi entahlah, dah lumrah dalam dunia pekerjaan. 

Mengidam rumah kecil macam ni di kampung (sumber dari Google)

Sebab tu aku sekarang berimpian nak bekerja sendiri tapi tak cukup kelengkapan dan kekurangan dana dari diri sendiri. Harap-haraplah impian ini tercapai suatu hari nanti walaupun aku rasa aku jenis extrovert. Aku lebih rela tinggal dan bersama dengan orang tertentu yang boleh aku percaya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...