Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Jangan Menyusahkan Hidup Orang Lain

Sedar tak sedar, sudah hampir setengah tahun berlalu. Sungguhpun tak banyak percapaian lagi, tapi aku tetap gembira dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu blogging pun tak teratur, tahun ni aku cuba buat entri sebulan sekali walaupun blogging ni dah out-of-trend , sebab aku buat ni untuk tatapan diri sendiri juga di masa akan datang. Bulan lepas banyak peristiwa yang berlaku disekeliling aku, contohnya kerajaan dah umumkan kenaikkan gaji minimum dan harga barang naik sangat mendadak. Tak tahulah kalau kerajaan ada aware dalam hal ni kah tidak sebab masih banyak lagi pekerjaan yang rate gaji bawah RM1,500.00 dan harga barang naik langsung tak setimpal dengan kenaikan gaji sekarang. Aku syak mesti ada pihak yang untung dalam krisis yang sebegini. Macam aku ni baru nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah dan fleksibel kerja dari Isnin sampai Jumaat terus kena tukar gaji rate demand hanya disebabkan situasi macam ni. Aku bukan bermaksud tak suka kerja sekarang tapi sebab...