Skip to main content

Jangan Menyusahkan Hidup Orang Lain

Sedar tak sedar, sudah hampir setengah tahun berlalu. Sungguhpun tak banyak percapaian lagi, tapi aku tetap gembira dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu blogging pun tak teratur, tahun ni aku cuba buat entri sebulan sekali walaupun blogging ni dah out-of-trend, sebab aku buat ni untuk tatapan diri sendiri juga di masa akan datang.

Bulan lepas banyak peristiwa yang berlaku disekeliling aku, contohnya kerajaan dah umumkan kenaikkan gaji minimum dan harga barang naik sangat mendadak. Tak tahulah kalau kerajaan ada aware dalam hal ni kah tidak sebab masih banyak lagi pekerjaan yang rate gaji bawah RM1,500.00 dan harga barang naik langsung tak setimpal dengan kenaikan gaji sekarang. Aku syak mesti ada pihak yang untung dalam krisis yang sebegini. Macam aku ni baru nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah dan fleksibel kerja dari Isnin sampai Jumaat terus kena tukar gaji rate demand hanya disebabkan situasi macam ni. Aku bukan bermaksud tak suka kerja sekarang tapi sebab kena kerja hari Sabtu dan environment kerja juga agak toksik dan ramai yang suka ambil kesempatan ke atas orang lain buat aku tak bersemangat nak bekerja, kurang produktif dan tak dapat growing jadi yang terbaik.

Ingat tak dulu aku pernah kena Covid-19 kononnya contact dari rakan sekerja walaupun dah jaga perjarakkan sosial dan pakai mask semasa bekerja. Effect Covid-19 tu sampai sekarang kena dekat aku walaupun masa positive tu aku tak sakit sangat, simptom pun sangat ringan. Kesan dia dirasa selepas seminggu macam tu, sampai doktor cakap aku kena cek dekat specialist, so aku kena tunggu sampai cuti umum ni habis baru dapat refer dengan doktor pakar dan tengok result mereka macamana. 

Sebab tu, bila kita sakit janganlah menyusahkan orang lain. Aku tak kisah kalau betul kena mati awal. Aku kisah kalau kematian aku akan menyebabkan orang lain yang perlukan aku akan sedih sangat, tak dapat hidup dengan baik hanya sebab aku dah mati. Aku tak cakaplah yang kewujudan aku ni penting sangat dekat dunia ni, tapi at least penting untuk sesetengah orang yang perasan aku wujud di dunia ni.

Aku tak dapat bayangkan macamana orang yang cuai atau sengaja menyebabkan kematian orang lain atau menyebabkan orang lain jatuh sakit dengan teruk atau menyusahkan kehidupan orang lain dan golongan mereka ni masih boleh bergembira seolah-olah mereka tak bersalah. Nanti nak cakap hal "karma" kena sindir pula sebab mereka dah panas, cakap hal "kifarah" pula aku ni bukan religious pun. Tapi aku percaya setiap perbuatan kita pasti akan menerima akibatnya, cuma cepat atau lambat sahaja nak tunggu benda tu berlaku.

Ayah aku pernah pesan, biar kita susah asalkan jangan menyusahkan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...