Skip to main content

Extrovert yang Gagal

Hari tu aku ada keluar makan dengan salah seorang rakan sekerja aku. Kami merupakan salah satu group dan agak dikatakan berkawan baik sebagai rakan sepejawat. Aku rasalah aku ni jenis yang extrovert tapi aku juga jenis yang tak banyak kawan. Kalau berbual dengan kawan-kawan tu, aku kalau boleh tak nak tengok mata mereka lama-lama sebab aku rasa kekok dan pemalu. Begitu juga kejadian masa aku keluar makan dengan rakan sekerja aku hari tu, nak tengok mata dia tapi aku malu dan kekok. orang cakap komunikasi akan jadi lebih baik kalau mata bertentang mata tapi aku tetap tak boleh tentang mata dia lama-lama.

Kenapa aku katakan aku ni jenis yang extrovert adalah sebab aku jenis yang suka keluar lepak dengan kawan-kawan, jenis yang suka dikelilingi oleh manusia yang aku suka, jenis yang happening, jenis yang selalu nak jumpa kawan sampai kadang-kadang rasa takut kawan menyampah dengan aku. Incase kalau suatu hari nanti aku diberi peluang untuk jadi macam ni balik, aku terima dengan hati terbuka walaupun bukan selalu sebab masing-masing dah besar panjang dan banyak komitmen.

Tapi yelah, hakikat disebabkan aku sebenarnya tak banyak kawan dan tak banyak yang suka berkawan dengan aku, aku kelihatan seperti keseorangan. Ya, itulah salah satu kisah sedih ringkas aku. Mungkin sebab nak cari yang sekepala ni susah, bak kata kawan sekelas aku dulu, aku ni pelik orangnya tak macam orang yang biasa dia jumpa. Entahlah kenapa, mungkin sebab cara aku dibesarkan atau lain-lain perkara yang buat aku berfikir lain dari yang lain.

Kalau dekat sosial media boleh jer tengok follower Instagram aku tak sampai 50 orang pun, apatah lagi Youtube akaun. Facebook pun sama, kalau post gambar atau apa-apa pun kadang-kadang tak pernah dapat like pun, jangankan komen. Tapi aku pasrah jer. Post pun bukan sebab nak attention yang gah, post sebab aku niat nak share sahaja. Orang suka atau tidak, itu terpulang. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa mereka nak react atau tak nak react dengan apa yang kita post. So, biarlah mereka dengan kehendak mereka sama seperti aku dengan kehendak aku. janji diorang tak kacau aku dan aku tak kacau diorang. Tapi setakat ni orang dalam friendlist aku semua baik-baik jer.

Aku juga jenis yang tertutup, tak semua sosial media aku tetapkan kepada tontonan umum. Bukan sebab takut orang stalk ker apa, aku rasa aku tak ada benda menarik pun yang dapat tarik perhatian orang lain tak macam budak-budak sekarang dengan kepelbagaian content mereka.

Aku tak cakaplah aku ni istimewa, sebab istimewa bagi aku adalah sesuatu yang baik dan apa yang menimpa dengan aku adalah sesuatu yang agak kurang baik. Tapi aku cuba cari sudut positive di sebalik diri aku yang extrovert yang gagal ni, sekurang-kurangnya aku dapat fokus lebih dengan hidup dan kerjaya aku sendiri, dan juga dapat fokus dengan partner serta keluarga aku. Biasanya kalau dengan kawan ni, duit banyak dihabiskan ke makan dan minum serta jalan-jalan keluar. Sekurang-kurangnya, kalau jarang lepak ni aku boleh jimat sikit duit dan beli barang yang aku nak.

p/s Extrovert yang gagal bukan bermaksud introvert ya. Introvert person bagi aku mereka adalah amazing person with their own ways tapi itulah, some of their ways is not my ways. Aku dulu pun rasa aku introvert tapi bukan sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...