Skip to main content

Penutup Cerita Akhir Tahun

Tak sedar dah masuk bulan terakhir dalam tahun ni. Nasib baik tahun ni adalah juga pencapaian aku walaupun tak lah sebesar mana yang diharapkan, at least mampu beli sedikit-sedikit barang, upgrade PC ke high end, dapat hadiah iPhone dari partner, beli sikit-sikit perabot, melancong ke Kuala Lumpur selama 9 hari, berbaik dengan keluarga mertua setelah sekian lama aku mengelak dari mereka (atas sebab tertentu), adik pula dapat kerja bagus, dan banyak lagilah. Walaupun nampak kecil di mata orang lain, aku gembira sangat-sangat dengan pencapaian aku setakat ni. Cuma target nak kurus tu agak mustahil bagi aku dah sekarang.

Tapi lepak dengan kawan dah jarang dah, rindu pula dengan mereka Cas, Jijin dan Lelen. Aku harap mereka sihat dan gembira sentiasa serta kawan-kawan lain tak kira yang tinggal dekat atau jauh dari Kuching yang masih ingat aku sebagai kawan. I miss you guys so much! Rindu nak keluar lepak ramai-ramai, duduk penuh satu meja besar dan gelak sakan sama-sama tak kira lelaki atau perempuan. 

Cita-cita aku nak jadi freelancer ni pun masih jauh lagi, atau mungkin tak tercapai sebab selalu dapat offer baik dari pelbagai pihak. Tapi duit masih belum mahsyuklah, kena pandai jimat dan buat perancangan awal sebab dalam otak aku, masih banyak benda perlu kena beli terutamanya untuk rumah kami, kereta dan juga bajet melancong (itupun kalau ada). Memang tak tipulah sekarang ekonomi tak berapa okay sangat jadi mahu tak mahu kena pentingkan saving dulu, baru boleh fikir nak ber-shopping.

Dalam banyak-banyak perkara baik yang telah berlaku, ada jugalah benda yang tak berkenan di hati terutamanya dalam bab kerja dan situasi di tempat kerja. Tapi aku cuba bertabah dan cuba tak nak involve sangat dengan situasi orang lain, yang penting aku cuma buat hal aku, dan hal orang lain aku malas nak ambil peduli. Lantaklah orang tak suka aku ker tidak, aku happy dengan kehidupan aku sekarang, dan aku happy sebab tak perlu spill semua cerita personal aku kepada orang lain. Biarlah mereka judge aku dalam versi yang mereka cipta, sebab biasalah mulut manusia memang susah nak tutup. Janji aku tak jadi macam mereka jer.

gadget yang aku aim sekarang ni adalah drone dan DSLR, of course untuk create cinematic video. Mungkin ni adalah target aku for next two years maybe? Tengok duit macamana kot sebab aku ni tak kaya. Aku kena kerja keras untuk dapatkan sesuatu. Maybe sebab tu kot aku dan partner tak ready nak ada anak lagi. Komitmen babe, komitmen. Dah ada anak nanti, takut banyak benda nak kena sacrifice dan banyak benda nak kena "bye-bye". Enjoy-lah selagi mana yang boleh, dah penat bolehlah fikir nak ada anak, kalau ada rezekilah. kalau tak ada, anak angkat kan ada. Tak perlu stress nak kena ada darah daging sendiri, nak happy jangan buat ridiculous rules untuk diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...