Skip to main content

Azam Tahun 2023

Tahun baru telah menjelang, lega azam lama banyak yang dah tercapai. Mana azam lama yang lain yang tak tercapai bolehlah di-"renew"-kan semula. Buka sosial media, banyak juga sahabat-sahabat berkongsi masa bahagia mereka bersama orang tersayang. Aku pun terfikir, sempat juga mereka merakam detik hari gembira mereka dan post di sosial media. bagi aku, ia bukanlah salah, malahan aku kagum sebab banyak yang sebaya aku tapi masih aktif. Aku pun dah macam nak on the way carta menurun setiap kali badan ni dimamah usia. Sosial media boleh kata jarang sangat nak update apa-apa sebab tangan ni macam dah tak larat nak angkat phone dan ambil gambar, paling rajin pun ambil video jer.

Aku rindu nak jadi macam dulu, aktif di sosial media, post selfie setiap hari walaupun muka banyak pakai filter. Nak buat video, macam tak ada benda yang boleh buat aku terinspirasi, nak melukis pun jarang, sekarang ni pun aku cuma fokus nak belajar tulisan dan bahasa Jepun sebab minat sangat dengan culture dan bahasa diorang. Sumpah tahun lepas banyak detik happy sangat yang berlaku dekat aku tapi terlampau melayan realiti sampai lupa nak rekod untuk kenangan itu memang merugikan sebab kita manusia bukan senang nak ingat semua benda. 

Masa awal bulan Desember, waktu dimana aku kena Covid kali kedua.

Azam baru aku tahun ni, aku harap aku rajin-rajin merakam detik-detik aku sepanjang usia ni dan post di sosial media untuk rujukan sendiri di masa hadapan, secara private atau tidak itu terpulanglah kelak. Aku juga harap dapat kumpul lebih banyak duit, dan selebihnya guna untuk bila perlu jer. Nasib baik juga aku ni jenis yang tak minat nak ber-makeup, cuma lebih pentingkan skin care, dan natural "beauty"lah kononnya. Rambut ni pun dah macam orang gila dah lama tak rebonding tapi aku suka sebab nampak natural, color rambut pun rasa macam nak color hitam jer tapi pada masa yang sama suka warna blonde dan copper juga, so aku stuck sampai sekarang sebab tak tahu nak pilih mana satu.

Dari segi fesyen, aku lebih suka ikut keselesaan aku berbanding ikut trend cantik-cantik gitu. Mungkin juga sebab aku rasa penat kot, so aku terpaksa pentingkan selesa dan yakin untuk buang penat tu. Tapi, teringin nak cantik pada masa yang sama, LOL. Kawan-kawan lain banyak dah upgrade dah sekarang, macam aku pula ketinggalan sekarang ni. Diharap tahun baru ni aku berubahlah jadi ke version yang gorgeous sikit dan kurangkan kesedihan dan kerisauan di hati dan jauhkan penyakit dari aku dan orang yang aku sayang. Kesihatan juga sangat penting.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...