Skip to main content

Perasaan Tertekan Tanpa Sebab

Hidup aku ni, dalam setahun memang kena hadap satu tahap di mana fikiran negative akan cuba menguasai minda aku. Masa tu bila tahap tu berlaku aku akan stress sangat, nak kata murung tak lah sangat sebab aku jenis yang tak tunjuk masalah aku depan orang lain. Tapi dalam otak ni, memang seksa sangat. Aku tak pergi jumpa pakar atau doktor sebab fikiran aku sentiasa bagitahu masalah aku ni kecil sampai buat orang lain menyampah jer, which mean kalau aku seek for help, aku akan imagine doktor atau nurse atau orang lain akan perlekehkan aku seolah-olah masalah yang aku hadapi ni remeh sahaja. Macam dulu, aku selalu pening kepala, aku buat checkup, jumpa doktor tapi macam reaksi doktor tu seolah-olah penyakit aku ni menyusahkan mereka saja. Bukan sekali dua berlaku sebelum ni, banyak doktor yang aku jumpa dan mostly mereka memberi reaksi yang aku rasa aku tak patut jumpa mereka.

Beberapa minggu yang lalu diwaktu aku dalam keadaan stress tanpa sebab yang kukuh, aku terlanggar burung sewaktu aku tengah memandu balik ke rumah. Burung tu terkapai-kapai di atas jalan raya sebab tak dapat terbang lepas dilanggar oleh aku. Aku boleh nampak dari side mirror ke belakang. Aku tak dapat berhenti masa tu sebab tengah drive dan kereta kiri kanan dibawa dengan laju. Aku masih ingat peristiwa tu sampai sekarang. Demi nak buang rasa bersalah, balik tu aku kelar tangan aku sebab nak hilangkan ingatan yang menyakitkan pasal burung tu. Ya, ia cuma seekor burung yang kebetulan terbang rendah dihadapan kereta aku. Entah kenapa aku masih gagal meyakinkan perkara itu kepada diri aku sendiri.

Sejarah keluarga aku tidak menunjukkan bukti kukuh yang berdokumen bahawa kemungkinan ada kalangan ahli keluarga aku ada masalah mental tapi aku pernah saksikan mak aku alami kemurungan yang teruk sampai masuk kes polis. Itupun masa aku kecik dalam 7-8 tahun macam tu. Aku masih ingat masa tu semua komuniti di tempat tinggal kami menyaksikan mak aku menjadi baran tiba-tiba dan kami adik-beradik ketakutan yang menjadi mangsa tontonan mereka. Disebabkan kejadian tu, aku dijadikan bahan ejekan di sekolah. Rasa dimalukan itu tak perlu tanya, pasti semua orang dapat bayangkan macamana. 


Setelah berpuluh-puluh tahun memikul tekanan perasaan dan rasa susahnya hidup serba kekurangan dan dipandang hina oleh sesetengah manusia lain. Sekarang ni baru dapat bernafas sikit. Tapi perasaan tertekan tu tak hilang. Ia timbul dan hilang sesuka hati. Orang sekeliling aku susah nak faham sebab tu aku tak pernah ceritakan dengan mereka dan aku tak rasa mereka pun ingin tahu hal hidup aku yang diibaratkan cuma sisa-sisa di tepi pantai saja.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...