Skip to main content

Skill Komunikasi yang Teruk

Di zaman yang kian ke depan, aku teringin sangat nak ikut trending macam buat diary menggunakan vlog di Youtube atau rajin update video dekat Tiktok. Tapi disebabkan diri aku yang tersangatlah low self esteem serta tidak pandai berkomunikasi secara spontan, aku membatalkan niat aku yang berkobar-kobar ni, walaupun aku dah beli app yang boleh edit video secara professional.

At the end, aku hanya mampu update blog ni jer, sebab aku lebih selesa nak luahkan apa saja tanpa perlu peduli pun keadaan fizikal aku macamana, serta tak perlu risau kalau aku tergagap-gagap bercakap atau merasa kekok di hadapan kamera. Walaupun keyakinan diri dan skill komunikasi ini boleh dilatih, pasti akan mengambil masa yang lama untuk asah dua benda asas tu. Buat masa ni, aku cuma fokus dengan penulisan sahaja walaupun cara ini sudah berada di takuk lama. Kadang-kadang aku menulis ni pun bukan sebab nak view tinggi ker apa.. Aku cuma nak jadikan rujukan untuk aku di masa hadapan atau suatu hari nanti kalau aku meninggalkan jasad yang tak kekal ni, mana tahu siapa-siapa yang rindukan aku bolehlah luangkan masa membaca segala entri-entri aku yang tak seberapa ni if one day mereka terdetik nak cari nama aku dekat mana-mana search engine.

Bunga yang tiada dirancang tumbuh tepi pagar

Aku memang ada masalah komunikasi dengan orang lain sejak dari dulu lagi. Aku tak salahkan sesiapa, dah memang cara aku dibesarkan menjadikan aku yang sekarang. Aku masa kecil jenis yang selalu kena kurung dekat rumah sebab suka keluar rumah bermain dan balik lewat. Time remaja, aku jarang keluar rumah, suka kurungkan diri di bilik dan kawan pun boleh dikira dengan jari. Dulu aku nerd sangat, fashion zaman tu apa pun aku tak tahu, jeans pun tak pernah pakai. Lepas masuk diploma baru dapat merasa pakai seluar jeans, pakai pakaian yang cantik-cantik, dan sebagainya tapi kawan memang tetap tak ramai. Aku masih lebih menyendiri di bilik dan cuma keluar dengan orang yang aku rapat. Aku ni nak kata introvert tak juga, sebab aku suka berkawan dengan orang tapi tak semua orang suka berkawan dengan aku sebab mungkin aku ni agak kuno sikit, tak sekepala, tak kuat agama, dan mungkin ada certain perangai aku yang orang lain tak berkenan tapi tak pernah confess dekat aku.

Ada masa juga, percakapan aku okay tapi most of the time memang ke laut tak kiralah apa jenis bahasa yang aku pakai since aku pun dibesarkan dalam keluarga yang bercakap bahasa campur (Bahasa Melayu Baku, Melayu KL, Iban, Inggeris, dan etc..). Kadang-kadang aku rasa rendah diri bila orang lain nampak pandang rendah dengan aku sebab gaya aku seperti orang yang berpendidikan rendah especially bila berbahasa asing sedangkan pernah belajar sampai ke peringkat tinggi dan mampu faham tulisan dan dengar bahasa asing, tapi bila masuk bab komunikasi terus down.

Aku pernah terfikir nak buat satu video untuk aku latih diri aku dalam bercakap secara spontan tapi aku selalu hadapi kekangan masa dan penat bekerja. Aku harap aku boleh jadi macam dulu, aktif dan boleh tidur lambat tanpa sakit kepala. Rindunya nak jadi macam zaman muda-muda dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...