Skip to main content

Update March 2023

Bulan lepas terasa banyak kelahiran manusia baru, dekat tempat aku kerja ni saja sudah beberapa orang yang mengambil cuti maternity. Tapi disebalik kegembiraan menyambut tetamu baru di dunia ini, terdapat juga beberapa kesedihan turut terpalit bersama sekali. Salah satunya perkara sedih terjadi yang menimpa Kak Mal, kawan aku sejak di bangku diploma lagi. Ayah Kak Mal meninggal dunia disebabkan stroke yang teruk. Aku rasa sedih sangat tengok Kak Mal sedih dengan air mata yang sudah kering. Sesekali Kak Mal dengan adik-beradik yang lain cuba sembunyi rasa sedih dengan bercerita hal-hal lucu, aku tak sampai hati nak ketawa apatah lagi senyum. Tambahan pula, dengan jawatan baru yang aku pegang sekarang merumitkan aku untuk minta cuti temankan Kak Mal sepanjang masa proses menguruskan hal-hal berkaitan kematian mendiang ayah Kak Mal.

Musim hujan di Kuching

Beberapa minggu ni, aku rasa macam sedih dan banyak fikir. Pernah juga rasa nak ceritakan pada orang yang rapat dengan aku tapi mereka macam tak berminat nak dengar, ada yang complain dan marah katanya salah aku sendiri, malahan ada yang tukar topik. So, aku lebih suka diamkan diri saja atau cerita sikit-sikit di sini. Aku terfikir pula nak tukar nama blog ni pergi nama selain dari nama aku sendiri sebab tak mahu ada orang mencari aku di Google tapi lucu pula, siapa yang cari kan? kalau stalker mungkin kot. Dunia-dunia zaman muda-mudi banyak stalker kononnya dulu, tapi sekarang gaya hidup tu lama dah aku tinggalkan sebab tak ada makna pun. Aku pun tak mahu memperasankan diri, jadi aku undur belakang perlahan-lahan.

Kata-kata aku mungkin orang susah nak faham tapi tak apa sebab tujuan aku meluah disini cuma untuk diri sendiri sahaja. Kadang-kadang rasa nak cuti rehat lama tapi sayang nak tinggalkan rumah, aku juga jenis yang susah nak tinggalkan kerja apatah lagi bila pihak management cakap kerja aku tak boleh cuti sebarang. Aku pun tak tahu sama ada apa yang aku korbankan ni berbaloikan dengan apa yang akan aku dapat nanti. Rasa macam penat nak teruskan hidup ni tapi takut nak hadapi kesakitan. Sakit di minda ni pun tak termampu nak dirawat, jangankan sakit fizikal. Rasa nak bagi jak sisa-sisa hidup ni pada yang struggle nak hidup dan biarlah aku pergi tanpa kesakitan. Mun jak bak kata urang Sarawak.

Mungkin ada yang tertanya apa masalah hidup aku, aku tak dapat nak ceritakan atas sebab tertentu. Tapi yang pasti masalah aku mungkin cuma benda remeh-temeh bagi sesetengah manusia lain. Tadi guna ChatGPT tanya tentang tanda-tanda depressi, entahlah. Aku tak dapat nak komen apa-apa. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan hala tuju hidup aku nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...