Skip to main content

Kehidupan Sepanjang Bulan Mac

Sepanjang bulan Mac yang lepas, aku busy sangat dengan kerja aku sampai balik rumah penat dan susah nak fokus dengan kerja personal di rumah. Jadi HR untuk uruskan 3 buah cawangan adalah sesuatu yang mencabar buat aku, juga kena lagi kerja yang cum dengan kerja berkaitan finance atau akaun. Betullah apa orang cakap kalau kerja swasta ni mostly kena perah habis-habisan walaupun cuma duduk dalam pejabat bawah aircond. Balik-balik tak sedar muka dah jadi hantu Kak Limah.

Bulan tu juga aku selalu ada kerja dekat luar, kena pergi Kuching Labour Department dan uruskan apa yang patut yang berkaitan dengan kerja. Kadang-kadang cemburu dengan yang lain sebab siap boleh layan drama dan main game padahal aku bertungkus lumus nak siapkan kerja dan kerja pun tak boleh sebarangan dan salah. Even salah sikit pun dah gugur jantung ni.

Tapi kalau asyik duduk tak ada kerja susah pula, aku akan cepat mengantuk dan bosan. Lagipun aku sendiri yang terima tawaran posisi baru dan bersungguh nak buat kerja orang lain sebab konon mahu menolong, tapi at the end aku cuma menyusahkan diri sendiri. Itu adalah salah satu kelemahan dan kebodohan aku. Aku mudah bersimpati, nak menolong tapi tak bertempat dan akhirnya orang pun mudah nak buli dan ambil kesempatan. Geng-geng Narcissist mesti mudah tertarik dengan perwatakkan aku ni.

Hari tu dalam kesibukkan menguruskan kerja, sempat juga aku meraikan sambutan hari jadi sendiri bersama kawan-kawan yang pernah sama belajar di universiti. Waktu tu tidaklah semeriah mana, tidak juga jadi watak utama tapi aku bersyukur sebab kawan-kawan ada di samping walaupun masa sangat cemburu, pejam celik dah nak tengah malam so terpaksalah balik juga, memandangkan masa tu pun musim hujan dan kawan-kawan pun kebingungan sebab takut banjir dan tak dapat balik.

Baru-baru ni aku ada singgah ke satu kedai jual barangan alat melukis. Rindu pula rasanya mahu melukis, dulu selalu lukis secara digital, sekarang ni tiba-tiba terasa nak melukis atas canvas dan nak ada satu tempat khas dipanggil gallery dan simpan semua lukisan dekat sana. Cubalah aku ni kaya tak perlu kerja cuma duduk rumah dan melukis saja. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...