Skip to main content

Kekal Hanya Sebagai Blogger

Dah beberapa kali aku cuba, aku masih tak pandai nak buat vlog. Dengan kekurangan bahan teknologi seperti kamera berkualiti tinggi, drone atau microphone dan juga low self esteem aku yang terlampau teruk membuatkan aku susah nak buat vlog. Kadang-kadang cemburu dengan Youtubers dan Tiktokers lain mereka mempunyai banyak idea untuk dijadikan content mereka serta memiliki rupa dan badan yang menarik, malahan ada juga mempunyai suara seperti angel yang boleh buat orang tertarik dengar apa yang mereka ceritakan dalam vlog mereka macam JJ.

Aku ni dah lah muka dan badan tak menarik, which is jangan mudah tertipu kalau aku nampak cantik dalam gambar sebab semua tu trick camera dan filter sahaja. Aku siap cakap awal ni jangan nanti jumpa yang face to face tiba-tiba sindir real life nampak buruk dari sosial media. Tak ada orang nak nampak buruk dalam sosmed tau, melainkan kalau dia ada sebab tersendiri yang kita tak tahu. Suara aku lagilah tak menarik, macam suara anime hentai pun ada, sudahlah tak cun dengan rupa paras aku. Kalau aku marah, suara anime bertukar pula jadi suara lain, kalau serius lain pula bunyi. Kadang kalau aku cuba rekod dan dengar balik suara aku, serius aku rasa benci sangat dan menyampah dengan diri sendiri. 

Cubaan ke berapa entah baru dapat yang elok sikit

At the end, aku masih lagi berpegang teguh dengan penulisan blog saja, kadang-kadang tu masih adalah juga post gambar yang tak ada kaitan dengan tajuk sebab tak tahu dah nak post gambar dekat mana. Nak post dekat Facebook dan Instagram malu pula sebab banyak orang yang dikenali. Kalau post sekali dalam blog, orang tak tahu sebab blog sekarang sunyi tak macam dulu. Sebab tu kadang-kadang aku agak bebas nak luahkan apa saja even walaupun tak semua benda aku nak kongsikan disini. Kadang-kadang blog ni atau twitter mostly tempat aku lepaskan marah dan tak puas hati jer, sebab tak dapat nak luahkan depan-depan terutamanya melibatkan isu-isu sensitif.

Zaman sekarang susah nak cari orang rajin membaca termasuk aku, walaupun aku suka mengumpul buku-buku sebab kononnya nak buat mini library di rumah. Kalau nak cari tutorial atau cari recipe baru simply cari jer dalam bentuk video.

Kadang-kadang aku ni suka juga berfikiran negative, macam contoh suatu hari nanti kalau internet tiba-tiba tak ada atau server yang simpan hasil semua upload kita hilang, terbakar atau rosak. Maka sia-sia jer konon kita simpan disini sebagai kenangan tapi aku harap tidaklah terjadi macam tu. lagipun mostly orang sekarang hasil pendapatan mereka kebanyakkannya dari kemudahan internet.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...