Skip to main content

Roda itu Berputar

Aku tak tahu apa lagi nama panggilan lain untuk "karma" atau "kifarah" atau "what goes around comes around" ni tapi aku kira bolehlah percaya dengan konsep sebegini sebenarnya, ada real-nya juga. Walaupun kebanyakkan orang akan bagitahu mungkin kejadian tu berlaku secara kebetulan, maksud aku kebetulan yang kerap terjadi depan mata aku.

Pernah suatu ketika masa aku kerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya, aku ada mengalami kerugian duit sebab berjumpa dengan pelanggan yang tidak jujur. Aku kenal pelanggan tu sebab dia pakai uniform company yang aku kenal. Masa tu aku pasrah jer kena game macam tu. Tak lama beberapa minggu macam tu, company tempat pelanggan tu kerja meletup tak tahulah disebabkan apa, company tu jual barang elektronik dan aku tak pernah jumpa dia lagi selepas kejadian tu. Aku happy sangat.

Satu lagi kejadian masa ditempat kerja ada seorang officemate aku berpakat dengan kawan-kawan dia pulaukan officemate aku yang seorang lagi tu sampai menderita betul dia diperlakukan macam tu. Next year selepas kejadian tu, officemate yang pernah pulaukan orang tu pula yang kena pulau oleh officemate aku yang pernah dianiaya suatu ketika dulu. Itulah orang cakap bumi itu bulat, roda itu sentiasa berputar. Ada masanya kita di atas, ada masanya kita dibawah.

Situasi ketiga, ketika ada satu makhluk ni cuba malukan aku depan orang lain dan depan anak-anak dia, berlagak bossy, selalu ikut mood, tapi aku masa tu sabar jer dan buat muka tebal janji aku tahu apa yang aku buat dan aku tahu aku tak salah pun. Lepas tu selang beberapa minggu macam tu keluarga dia ada kes besar yang buatkan mereka sekeluarga malu. Tapi aku buat bodoh jer, kalau nak busybody makin malulah mereka-mereka ni. Bayangkan, sampai mereka susah pun aku masih nak jaga air muka mereka ni.

Situasi keempat, ada mak orang ni benci dengan satu kaum dan agama ni dan pantang anak dia kahwin dengan pasangan lain agama. Bila cek-cek, 2 orang dah anak dia dah bercinta dan berkawin dengan pasangan yang berlainan agama sekarang ni. Nasib baiklah anak-anak dia bahagia. Orang cakap jangan benci, nanti tersuka pula.

Bahkan aku sendiri pun pernah terkena akibat dari tindakan aku kepada diri sendiri dan kepada orang lain which mean aku tak cakaplah aku 100% baik, ada masa aku ada buat silap juga dan dengan rela hati aku terima pembalasan keatas diri aku sendiri. Sebab tu orang cakap nak buat jahat jangan sesekali. Memang kita rasa bahagia sangat buli orang lain, tidak berlaku jujur, merampas hak orang lain, memperkecilkan orang lain tapi kena ingatlah, apa yang yang kita buat sekarang pasti akan memberi kesan kepada diri sendiri di masa hadapan. 

Gambar sekadar merenung apa yang kita dah lakukan kepada makhluk lain

Sebab tu aku hairan sangat kenapa masih ada orang buat jahat tapi rasa diri dia baik. Lepas tu, ada yang terang-terang tahu dia buat jahat tapi masih mahu percaya agama dia baik tapi kepercayaan dia tu gagal jadikan dia sebagai manusia yang baik. "Baik" maksud aku dari segi moraliti macam tu, incase ada yang salah faham tiba-tiba datang si sanu-sanu ni cakap freehair dan tak sembahyang pun orang jahat, dan sebagainya. Tapi aku rasa setiap kepercayaan memang ada belajar pasal moral kan? Iaitu sikap kita kepada benda bernyawa, tak bernyawa dan terhadap diri sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...