Skip to main content

Tertekan Sampai Rasa Nak Bunuh Diri

Semakin hari kerja disini semakin sibuk pula aku. Kadang nak makan kunyap-kunyap macam tu pun tak sempat. Untunglah rakan sekerja tak nampak setengah mati macam aku ni bila kerja sampai boleh main handphone dan tengok drama memanjang. Nanti bila aku ambil posisi yang tak berapa busy sangat mudah pula kena aim ganti kerja staf lain bila cuti. Bila aku pindah ke posisi yang busy, pandai krik-krik pula situasi genting di tempat kerja aku ni. Kadang-kadang aku pun rasa macam kehidupan ni sengaja tak nak menyebelahi aku.

Aku pun dah jarang sangat dah nak melukis, asal balik jer penat lepas tu tidur sampai ke next day. Nasib baik rumah sekarang aku dah rasa macam syurga sangat, mungkin sebab dah ada rumah sendiri dan rasa selesa tu memang susah nak ungkapkan. 

Hari tu aku ada balik Sibu sebab nak jenguk keluarga aku. So far, okaylah sikit aku tengok kehidupan adik-adik aku dan ayah dan mak aku walaupun badan kami semua makin dimamah usia. Tak ada dah nak elegant macam dulu. Sekarang nak cantik dalam gambar pun kena tengok angle cun ker tidak itupun peratusan berjaya bawah 20% jer. Sungguhpun begitu, 3 hari bermalam di Sibu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Bayangkan kena hadap mak aku membebel dan complain almost 24 hours. Stress sangat sebenarnya. Balik-balik kena tanya kenapa asyik tak dapat kerja kerajaan yang dia ingat dapat kerja tu macam petik jari jer plus aku tak minat nak kerja under government pun dan penat dah nak explain dekat dia ni, lepas tu siap jadi hakim dengan penampilan dan berat badan aku, tanya pula apasal tak dapat anak lagi, kenapa tak nak anak dan sebagainya, lepas complain kerja aku yang sekarang ni macam kerja pecacai, boleh pula minta duit lebih dari aku. Bukanlah nak berkira tapi ada sedikit kecewa. Aku balik pun sebab partner aku ajak aku jenguk mereka ni itupun aku tak pernah balik dengan tangan kosong, ingat nak bertenang sekejap tapi macam pergi unhealing pula. Balik dari Sibu, aku rasa macam kena depression jer. Sumpah takut nak balik dah lepas ni.

Untunglah siapa-siapa yang tak kena hadap ahli keluarga yang toksik. Bukan nak cakap ahli keluarga aku ni jahat-jahat dan aku ni baik. Aku cuma nak ketenangan saja, dah tua ni malas nak kena soal, malas nak hadap benda yang meletihkan. Cukuplah aku stress dekat tempat kerja, kalau tak tahan pun aku boleh berhenti bila-bila masa aku nak. Sebab tu kalau boleh aku elakkan benda yang boleh timbulkan konflik ni, memang aku elak tak nak jumpa lagi. Mungkin orang lain tak pernah rasa situasi ni, sebab tu mungkin mereka akan anggap aku manusia jahat. Tapi aku tak peduli dah, takut-takut nanti boleh terjun jambatan aku, lebih baik aku cari jalan untuk lari dari benda yang buat aku rasa sangat tertekan. 

Masa ni tengah dalam perjalanan ke Kuching dari Sibu

Aku tak salahkan mak aku sebab dia berfikir macam tu. Mak aku jenis yang tertutup dan jauh sekali jadi mak-mak orang yang open minded ni. Manakala ayah aku jenis yang relax jer dan terima jer apa yang orang bagi dekat dia. Tapi itulah, aku harap sangat semua adik-adik lelaki aku boleh jaga elok-elok mak dan ayah aku sebab kadang-kadang aku rasa penat sangat kena jadi orang tempat bergantung walhal aku ni dah jadi partner orang lain dan dah ngintu family orang lain. Bila aku rasa dah terbeban dengan tanggungjawab yang tak mampu aku pikul, aku takut aku akan lari dari dunia ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...