Skip to main content

Tidak Semua Orang Suka Pada Kita

Aku sangat suka dikelilingi oleh orang ramai, sangat gemar disayangi oleh mereka tanpa perlu risau dikhianati. Namun untuk orang seperti aku, rasanya jauh panggang dari api. Tapi tidak mustahil untuk orang lain. Aku pernah menjadi saksi kepada situasi yang sangat aku cemburui, alangkah indahnya dilayan seperti watak utama dalam sesebuah cerita. Kadang-kadang aku malu bila memikirkan balik dulu masa zaman kecil sehingga remaja ada beberapa peristiwa yang buat aku salah faham dan perasan diri ni ada orang suka, sebagai contoh; aku pernah terambil hadiah dari kawan sekelas yang aku sangkakan hadiah hari jadi itu adalah untuk aku namun sebenarnya untuk orang lain.

Mungkin bukan salah orang di sekeliling aku juga. Aku ni lahir dari keluarga yang berfikiran tertutup. Masa kecil, aku suka berkawan dengan anak-anak jiran tapi aku selalu juga dikurung dirumah kononnya ayah dan mak aku cuba menutup batas pergerakkan aku keluar masuk rumah yang tidak terkawal. Mungkin salah aku juga sebab aku masih kecil dan lambat berfikir secara matang. Bila lepas SPM, aku keluar dari kawalan keluarga aku namun ia bukan sesuatu yang mudah terutamanya dalam bab berkawan. Ada yang suka, ada yang benci dan menyampah. Ada yang mungkin aku lukakan hati mereka tanpa aku sengaja. Ada masanya aku ni tak pandai bawa topik, salah satu sebab aku kurang rasa sensitif dengan hati orang lain. Kesilapan utama aku masa tu ialah bila aku fikir yang semua orang berfikir macam aku.

Kesilapan kedua aku bila aku fikir semua orang yang berbual dan ketawa-ketawa bersama aku adalah suka pada aku. Alangkah bagusnya kalau benda macam ni aku sedar dari awal. Kadang-kadang buang air mata bila menangis kerana orang lain tak suka pada kita dan layan kita sangat teruk.

Salah aku juga membenarkan perkara ni berlaku ke atas diri aku sejak aku kecil lagi. Dulu, aku takut sangat keseorangan, aku rela diperlakukan sesuka hati mereka termasuk dibuli dan disindir depan-depan sebab tak nak kehilangan mereka dan takut nak membalas kerana terlalu menjaga hati mereka, so aku end up dengan perasaan kecewa dan tertekan. Dulu aku sentiasa berlumba-lumba berjalan sama dengan yang lain sebab takut tertinggal di belakang tapi selalu juga ditinggalkan dibelakang. Kadang-kadang aku minta sangat alangkah bagusnya mereka ini berterus-terang lebih awal. Tapi aku juga bersyukur masih ada seorang dua kawan yang mampu terima baik buruk aku.

Sampailah ke hari sekarang, aku tak berani dah nak bercerita panjang kisah aku kepada orang lain secara face to face sebab aku tahu akan ada yang menyampah. Betullah apa orang kata, semua orang mampu jadi pencerita namun tak semua mampu jadi pendengar setia.

Aku harap bila sampai saat aku meninggal dunia, biarlah partner aku saja yang tahu hal ini kerana aku sudah hilang minat berinteraksi secara berdepan dengan orang lain. Andai kata tiada pilihan lain, menghilang begitu sahaja pun lebih baik. Bukanlah berniat mahu minta dicari. Tidak.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...