Skip to main content

Mangsa Kena Pinjam

Aku paling tak suka meminjam dan bagi pinjam dengan orang. Disebabkan benda macam ni lah banyak terjadinya situasi orang cuba mengambil kesempatan lalu putus hubungan sosial sesama mereka. Dengan aku ni pun dah agak banyak yang meminjam tapi susah nak pulangkan balik tak kiralah duit atau barang-barangan. Bila nak minta balik, mulalah tunjuk muka tak puas hati dan marah seolah-olah macam kita ni yang buat salah. Sebab tu aku tak ada hati dah nak pinjamkan apa-apa dengan orang lain, aku tak suka segelintir dari mereka yang gemar buat aku rasa bersalah untuk tuntut balik hak aku.

Paling tak seronok juga bila ada yang tanya apa dan berapa yang mereka hutang dengan aku. Come on, tolonglah catat atau ingat sebab kalau kena dengan aku yang tak sampai hati nak bagitahu the exact amount hutang tu, memang aku cuba discount-kan sebanyak yang boleh sebab nak jaga hati dan tak nak buat kelihatan hutang tu terlampau mahal, at the end sendiri pula yang rugi. That's why aku cakap jadi mangsa kena pinjam ni senang sangat kena ambil kesempatan terutamanya bab duit. Memanglah boleh masalah ni dibawa ke mahkamah untuk settle tapi tak semua mangsa kena pinjam ni sampai hati nak buat orang yang mereka rapat dan sayang macam tu, termasuk bila kena dengan ahli keluarga mereka sendiri.

Sebab tu, adalah lebih bagus kita tidak pinjamkan mereka apa-apa kecuali kalau dari awal niat kita tu nak memberi tanpa perlu balasan dari orang yang meminjam. Biarlah mereka merangkak dalam kesusahan sekalipun, kita tolonglah setakat yang kita mampu saja seperti tolong bagi makanan, pakaian atau mana-mana bantuan fizikal yang kita tidak rasa rugi di kemudian hari. Kerana duit itu terlalu berharga apatah lagi di zaman sekarang, kita tak dapat nak sangka manusia boleh jadi sejahat-jahatnya hanya kerana duit walaupun mereka tersangat rapat dengan kita.

Aku sendiri pun begitu. Aku tahu aku sekarang ni susah nak bagi pinjam orang lain barang dan duit, aku pun tak akan cuba nak pinjam dari orang barang dan duit tak kira betapa terdesak dan merempatnya aku. Namapun dah tak suka dengan komitmen, kalau boleh nak beli kereta pun aku nak pakai cash arumbulak bak kata orang Sarawak semata-mata tak suka dengan istilah meminjam. Aku lebih rela kumpul duit berbulan-bulan untuk beli barang yang aku suka. Aku pun hairan macamanalah kehidupan orang yang hutangnya keliling pinggang, dan macamana suatu hari nanti mereka tidak mampu bayar atau kehilangan kerja secara tiba-tiba. Tapi, itu terpulanglah pada mereka janji tidak menyusahkan orang lain. Dalam umur yang macam ni, aku fokus untuk beli barang pakai cash sahaja kecuali loan rumah dan kereta (misal terbeli kereta-aku harap tidaklah). Bila kita bebas hutang, percayalah nikmat hidup tu akan jadi lebih bermakna.

Back to main topic, bagi mangsa kena pinjam seperti aku, belajarlah dari kesilapan. Tak semua orang macam kita yang dapat bayar on time. Tak semua orang mampu utamakan bayar hutang dari keperluan dan kehendak mereka yang lain. Bagi aku kalau dah terkena sekali, janganlah masuk perangkap mereka lagi. Sangat banyak alasan yang kita boleh guna untuk halang mereka meminjam dari kita, atau lebih bagus berterus-terang saja dengan syarat telinga dan mata kita kebal dengan cerita-cerita sedih dan terdesak mereka. Biarlah kita yang nampak jahat, tak apa, asal jangan kita yang merana di kemudian hari. Memang ada manusia yang masih terhutang budi bila kita bagi pinjam mereka duit malahan ada yang sanggup membalas budi berlipat kali ganda bila mereka sudah mencapai kesenangan tapi janganlah kerana balasan, kita pertaruhkan kebaikkan kita pula.

Bak kata aku, kita sendiri pun tak tahu manusia ni macamana di akhir cerita. Manusia ni jauh sangat berbeza dari mereka tidak berharta sampai yang jadi kaya raya.

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...