Skip to main content

Kisah Jahat Aku Dari Mulut Orang Lain

Sumber dari Facebook

Hari tu terjumpa gambar di sebelah ni masa scroll Facebook. Mostly banyak yang tidak setuju atas alasan mereka bagitahu orang yang suka cakap manis dan lembut pun banyak yang berhati busuk. Bagi aku, situasi macam ni bergantung dengan individu juga. Kita sendiri pun sudah sedia maklum yang tak semua manusia ni sama. Ada yang mulut jahat tapi hati dan niat yang baik, ada yang mulut dan hati yang jahat, ada juga mulut baik tapi hati dan niat yang jahat dan ada yang mulut dan hati yang baik. Cuma itulah, kita tak dapat kenal hati budi seseorang yang sebenar sebab tu kita rasa insecure kadang-kadang.

Dulu, rasanya aku pernah cerita kisah macamana aku dilayan oleh pihak yang aku tidak rapat tapi terpaksa demi menjaga hubungan semua orang disekeliling aku sampai aku rasa trauma dan tertekan sangat-sangat. By the way, aku tak dapat ceritakan detail siapa pihak tu sebenarnya, cuma aku boleh bagitahu mereka adalah satu family yang besar. Bukanlah hendak mengatakan perkara tidak baik kepada mereka, cuma sisa-sisa kisah silam yang mereka semaikan dalam memori aku tidak mungkin aku dapat lupakan sampai bila-bila. Namun, bukan juga salah mereka, mungkin jalan hidup yang aku pilih ni sudah salah dan tidak dapat diputar semula kebelakang.

Walaupun sekarang situasi kebanyakkannya sudah berubah, aku susah nak percaya riak rupa dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka kerana aku tahu aku pernah jadi watak paling jahat dalam cerita mereka, bahkan tidak mungkin tidak tersebar dikalangan orang yang mereka kenal. Mungkin ada yang tertanya apa salah aku? Ya, aku sendiri pun keliru, apa sebenarnya kesalahan yang aku buat dan kenapa aku seorang sahaja yang perlu menanggung derita yang disebabkan mereka ini? Bahkan sisa derita itu masih berlanjutan sehingga kini.

Betullah kata kawan aku suatu ketika dahulu, orang yang pernah memperlakukan dan menyebabkan penderitaan orang lain tidak pernah sedar akan perbuatan mereka meskipun keadaan sudah berubah. Hanya orang yang pernah merasa sengsara diperlakukan berseorangan tidak akan lupa sampai bila-bila. Itulah yang aku rasa sekarang ni dek kerana jalan yang terpaksa aku pilih selain dari memilih untuk mati walaupun berkali dalam cubaan namun gagal. Janganlah kata aku cepat berputus asa, "kasut" yang buruk dan rosak belum tentu ada orang sanggup berjalan diatasnya, apatah lagi kalau sekadar untuk merasa sedikit pengalaman buruk ini, sungguh jauh sekali.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya bagaimana aku mampu hidup sampai ke hari ini, dengan liku-liku dan impian yang terbenam entah ke mana namun masih mampu mengukir senyuman palsu di hadapan mereka dan orang lain. Sekarang ni aku hanya mampu membawa wajah tidak tahu malu bergaul dengan manusia-manusia yang kononnya tahu "kisah kejahatan" aku dari mulut orang lain seakan-akan seperti tiada apa yang berlaku sebelum ini dan aku terpaksa kerana cuba menjaga hubungan yang aku pun tidak pasti dapat bertahan sampai bila.

Apa yang mampu aku harapkan, ialah ada yang memahami dapat bawa aku jauh dari mereka, mulakan satu "kehidupan" baru tanpa mereka, tanpa perlu melihat wajah mereka lagi tapi yang dalam bayangan aku sekarang ini adalah cuma kematian. Entahlah kenapa. 

Comments

Popular posts from this blog

Diri Aku

Masa ni lepak di bilik housemate Hi, nama aku Elin SG. Selalunya orang akan panggil aku Elin* (bukan nama sebenar) jer sebab nama aku memang takat tu tak kurang tak lebih, dan sangat simple . Aku lahir pada bulan March , cun cun hari pertama musim bunga kalau ikut teori buku teks Geografi tingkatan 2 tahun 2004. Aku start buat blog ni di .Blogspot sebab aku bosan and aku rasa aku nak share somethin g dekat public . Kebetulan juga, tak lama lagi aku akan ke Kuching untuk mengambil result latihan industri dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan dapat semua "A". Aku juga ada plan nak ke Saratok untuk berjumpa dengan Kak Mal (kalau aku ada extra duit). Aku sebenanya memang suka travelling seorang-seorang so, jangan hairan kalau orang nampak aku ni selalu lone ranger . Tapi, biasalah kan, masyarakat menganggap perempuan ni agak dalam bahaya sikit kalau nak berjalan seorang-seorang dan sepatutnya ditemani oleh seseorang yang boleh protect mereka. Bagi aku, itu ter...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...